Khamis, 31 Disember 2015

Tangisan

                               *GAMBAR HIASAN.
Pada suatu malam yang sunyi. Puan Saodah menonton television bersama suaminya. Anaknya Hakim yang sedang membuat kerja sekolah di meja makan hanya memandang ibunya. Puan Saodah hairan dan dia bertanya.
“hakim kenapa pandang ibu.”, Tanya Puan Saodah.
“ibu tak dengar ke”, Hakim terus menjawab.
“dengar apa.”, Puan Saodah kehairanan.
Hakim takut. Dia terus berlari ke arah ibunya.
“bunyi orang menangis. Macam kat rumah Mak ngah je ibu”, Kata hakim. Mak ngah adalah jiran mereka. Walaupun tiada pertalian darah mereka sangat rapat.
“jangan di tegur”, Kata pak hussien.
Puan Saodah takut. Dia menyuruh Hakim mengemas kerja sekolah dan masuk untuk tidur. Tapi Hakim tak nak oleh kerana takut.
.
Keesokkan harinya, puan saodah memberanikan diri ke rumah mak ngah. Dia melihat mak ngah sedang memberi ayamnya makan. Puan Saodah pun menegur.
“Kak ngah, saya nak tanya sikit boleh.”, Puan Saodah memberanikan diri.
Muka Mak ngah berubah serta merta. Dia memandang tepat ke wajah Puan Saodah. Puan Saodah Tunduk. Dia takut. Mak Ngah hanya menggeleng kepala. Puan Saodah segera pulang ke rumah.
Di rumah Puan Saodah hanya berdiam. Dia takut. Bulu romanya meremang. Dia menonton televisyen. Tetapi hatinya tetap berdebar-debar dengan pandangan mak ngah itu tadi. Sangat menyeramkan. Suaminya pernah berkata. Jangan cari gaduh atau bermasam muka dengan Mak Ngah. Takut ada yang berlaku. Dia terfikirn apa maksud suaminya. Suaminya seorang yang alim dan warak. Oleh itu dia berfikir mungkin tak elok jika bermasam muka dengan jirannya. Tetapi dia masih terfikir kenapa Mak Ngah agak takut bila dia bertanya.
.
Malam itu sewaktu Puan Saodah sedang membuatkan air untuk suaminya. Dia ternampak dari tingkap dapur Mak Ngah sedang berjalan di luar rumah. Dia hairan dan dia terus memandang jam di dapur. 12.30 Malam. Apa Mak Ngah buat diluar rumah. Dia pun menegur.
“Mak Ngah. Apa mak ngah buat kat luar malam2 ni”, kata Puan Saodah. MAk ngah hanya berdiam dan terus berpusing2 di sekitar rumah.
Puan Saodah segera membawa air yang dibuat untuk suaminya. Dia terus bertanya.
“abang, apa Kak.Ngah buat kat luar malam2 buta ni. Tak takut ke. Saya nak keluar tapi takut pula.”, kata Puan Saodah.
Suaminya terus memandangnya.
“kamu jangan tegur. Kamu ni. Logik lah sikit. KAk Ngah tu dah tua. Keluar pusing2 malam2. Kamu rasa apa”, suaminya bertanya.
Puan Saodah terus membeliakkan biji matanya. Bulu romanya menegak. Dia rasa seram sejuk dan dia terbayang wajah MAk Ngah yang memndang tajam padanya.
.
Keesokkan pagi. Di kedai runcit. Puan Saodah berbual dengan Cik siti. Dia bercerita tentang apa yang di nampak malam semalam.
“eh siti. Semalam aku nampak KAk ngah berjalan keluar sorang2. Kesian aku tengok dia. Aku pun tegur lah. Dia diam je”, KAta puan Saodah.
Cik Siti terus memandang pelik puan saodah.
“akak. Bukan Mak Ngah pergi rumah anaknya ke. Akak biar betul”, Kata Cik siti.
Puan Saodah terus terdiam. Dia merasa seram sejuk. Kali ini betul tekaan dia selama ini. Mak Ngah ada membela. Bunyi tangisan yang di dengar. Adalah sakanya. Mungkin Mak Ngah Tidak memberi makan. Puan Saodah terus pulang ke rumah. Di memandang rumah Mak Ngah. Dia Seram Sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan