Khamis, 31 Disember 2015

Mini Cooper Dan Jubah Putih


“wei mana adil  kau hutang aku 11 ribu”, kata Hana yang sedang bermain permainan Monopoli di rumah Farah. Mereka bermain sambil bergaduh.
Mereka bermain sehingga larut malam. Sambil2 itu mereka bercerita hantu dan macam2 lagi. Anis Mak cik kepada Farah juga bermain sama. Sringkali Hanis menakutkan Hana yang terpaksa pulang berseorangan dengan cerita2 yang agak menakutkan.
“Tak payah lah Cik Hanis. Nanti Hana takut lah. Cik Hanis dengan Farah kena teman Hana balik”, kata hana. Dia agak takut.

Selepas selesai bermain. Hanis dan Farah menghantar Hana pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Mereka melaui jalan yang agak sunyi. Dia memandang rumah nenek yang mengajar mereka mengaji. Tetapi nenek itu sudah meninggal dunia. Sampai sahaja di rumah Hana. Farah dan HAnis terus pulang. Dia melalui jalan yang sama. Hanis terpandang sebuah kereta mini cooper. Dia terdiam. Farah yang sedang bercakap turut diam kerana hairan dengan HAnis. Hanis menunjuk ke arah kereta mini cooper lama itu  farah dan HAnis terus berlari pecut untuk ke rumah. Sampai sahaja di rumah mereka berdua terdiam. Ibu farah iaitu kakak kepada Hanis hairan.
“korang ni kenapa. Tercungap2”, kata Milah ibu marah.

Mereka masih terdiam. Setelah keadaan lega sedikit mereka pun bercerita. Mereka ternampak seorang lelaki yang berjubah berkopiah duduk di dalam kereta mini coooer itu di bahagian tempat duduk belakang. LElaki itu hanya memandang ke depan. Tegak memandang kedepan. Mereka bercerita sambil menagis ketakutan. Berbagai perkara yang di fikirkan.
.
Beberapa tahun kemudian. Perkara itu tidak berlaku lagi kerana semua orang takut melalui rumah tuan punya kereta itu. Tetapi seorang remaja yang baru sahaja pindah berdekatan rumah Farah. Sering juga pulang lewat ke rumah kerana melepak bersama abang FArah. Bila ditanya tentang kereta itu Anip mengatakan dia tidak.pernah nampak. Dia berkata mungkin tuan rumah itu buat kerja di dalam keretanya.

Suatu malam. Sewaktu Anip pulang. Di memandang kereta yang diceritakan oleh keluarga farah kepadanya. Dia terus memandang tiba2 dia ternampak satu lembaga di dalam kereta itu. Seorang lelaki berjubah dan berkopiah putih duduk di tempat duduk  belakang. Dia tergamam. Di mahu saja menjerit apabila lembaga itu mahu menoleh. Anip terus berlari pulang ke rumah.
Keesokkan hari. Anip demam panas. Di menceritakan kejadian semalam. Tetapi bila di fikirkan semula. Mungkin lembaga itu ingin dia membuat kebaikan. Kerana lembaga itu bukan lah Syaitan. Mungkin makhluk yang di hantar untuk mengingatkan manusia supaya jangan leka dan terus beribadah kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan