“Matahari berilah sinar kepadaku!! Jangalah engkau Adoi!”, Farhah mengusap2 belakang kepalanya yang sakit akibat di lempar objek keras oleh Mimi yang berang kerana dia memekak di pagi hari.
"Ha.. tu aku bagi sinar pagi ini. Aku nak tidur pun tak senang", kata Mimi.
"Nak tidur pergilah bilik. Aku tengok ruang tamu ni tak rupa ruang tamu dah", balas Farhah agak bengang.
"Aku penat lah, semalam balik lambat. Kau tu awal sangat bangun kenapa. Selalu matahari dah terpacak atas kepala baru bangun", soal Mimi agak hairan melihat Farhah bangun awal. Farhah terus memandang sinis.
"Kau nak tahu tak. Malam ni aku ada projek dengan team paranormal aku tu. So pagi ni nak pergi survey tempat", balas Farhah.
"Tak habis2 dengan Projek paranormal kau tu. Pening aku tengok ni, tak kemana lah projek tu. Baik kau carik kerja lain lagi bagus Farhah", kata Mimi. Penat sudah dia menasihati Farhah yang masih dengan angan2 kosongnya untuk ada program hantu sendiri. Farhah memandang Mimi dan mengeluh.
"Kau ni support lah sikit", kata Farhah.
"Dah puas support dah Farhah oi", balas Mimi. Farhah hanya terdiam dan menguis2 lantai bersimen itu. Mimi mengelengkan kepalanya.
****
Farhah termenung jauh di kedai makan yang di janji dengan Haqimi semalam. Dia berasa sakit hati dengan Mimi yang tak pernah faham akan minatnya. Mimi sebagai kawan baik Farhah sepatutnya menyokong apa yang diminatinya bukan menyuruhnya mengalah.
"Woi perempuan", tegur Qimi. Farhah merenung tajam muka Qimi.
"Qimi, asal lambat sangat kau ni", marah Farhah.
"Eh, kau ingat aku tak da benda nak buat kat rumah tadi", balas Qimi.
"Pagi2 tadi mood aku dah spoil kau tau Qimi", adu Farhah.
"Spoil kenapa. Pasal housemate kau ke ", Soal Qimi. Farhah mengangguk.
"Aah. Dia dah lain lah sekarang. Dulu supportive gila. Sekarang ni asek nak marah aku je bila aku cakap aku ada projek paranormal ni", jelas Farhah. Qimi hanya tertawa melihat muka Farhah yang ketat itu.
"Kau ketawa kenapa", Farhah berasa berang melihat senyuman Qimi itu.
"Tak lah. Mungkin betul kata kawan tu, aku rasa macam buang masa lah projek paranormal ni. Macam tak ada hala tuju", kata Qimi.
"Ha kau pun dah tak suka buat projek ni ke", soal Farhah.
"Tak. Bukan tak suka. Cuma cuba kau fikir setiap malam kita pergi tempat2 seram. Memang ada kita upload sana , upload sini, berapa orang je tengok. Macam aku, ada kerja lain. Kau tu menganggur je. Macam tak ada masa depan", jelas Qimi. Dia tahu mungkin kata2 nya akan menyakitkan hati Farhah.
"Dah lah. Kalau kau dah tak nak join aku. Biar aku buat semua tu sendiri", kata Farhah dia terus bangun dan beredar. Qimi hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai keras kepala dan degil Farhah itu.
***
Farhah bersiap untuk meneruskan projek paranormal di rumah hujung simpang yang di lihat petang tadi. Dia baru mendapat mesej dari Aiman dan zizi yang telah menarik diri dari join projeknya itu, terpaksalah dia beesendirian malam ini oleh kerana dia bergaduh dengan Qimi pagi tadi.
Farhah berjalan menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari bloknya. Dari jauh Farhah lihat Qimi yang sedang duduk di tepi keretanya sambil memandangnya.
"Kau nak pergi sendiri ke", kata Qimi. Farhah hanya buat tidak tahu. Sakit hatinya dengan kata2 Qimi pagi tadi.
"Aku cakap dengan kau ni. Aku tahu Aiman dengan Zizi dah tak nak join GG Paranormal ni kan", kata Qimi lagi. Farhah masih buat tidak tahu dan membuka pintu keretanya.
"Farhah!", Qimi menarik tangan Farhah. Farhah merenungnya tajam terus Qimi melepaskan tangan kawannya itu.
"Aku cuma risau kalau kau pergi sorang, kalau apa2 jadi kat kau. Situ tempat mat gian Farhah", jelas Qimi.
"Kau nak risaukan aku buat apa. Kau sendiri cakap kau dah tak nak join GG Paranormal ni kan, biar aku rakam, aku edit aku upload sendiri. Kau pergi balik lah", Balas Farhah dia masih berasa bengang dengan rakan2nya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan terus keretanya meluncur laju ke jalan besar.
Haqimi mengekori Farhah dari belakang. Dia lihat Farhah masih lagi menuju ke arah rumah yang mahu dituju. Sungguh berani wanita itu mencari hantu sendirian pada malam itu. Beberapa minit kemudian mereka sampai ke destinasi yang dituju. Qimi memakir keretanya jauh sedikit dari Farhah agar Farhah tidak menyedari.
Farhah terus keluar dari keretanya dan mengambil beberapa kameranya itu di pasang di keliling rumah itu. Qimi hanya melihat dari luar kawasan rumah itu. Dari situ mata Qimi terlihat beberapa orang lelaki sedang memerhati Farhah yang masih memasang Kamera di situ. Qimi berasa tidak sedap hati.
Qimi terus memerhati Farhah yang sudah habis memasang kamera dari tepi rumah. Lelaki yang memerhati Farhah masuk ke dalam rumah sedang Farhah leka melihat kawasan sekeliling.
"Farhah!" Qimi memanggil Farhah yang baru sahaja mahu masuk kedalam rumah itu. Tetapi tidak di dengari. Qimi terus segera masuk ke dalam rumah itu.
Qimi mencari2 di mana Farhah berada. Dengan kawasan rumah yang agak besar dan gelap agak sukar matanya ingin melihat Farhah. Dia lihat sekujur tubuh hitam di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang mulutnya tidak henti2 membaca ayat Al Quran. Lembaga itu tersenyum padanya cepat2 Qimi menundukkan wajahnya.
Lembaga itu semakin lama semakin dekat. Semakin laju bacaan Qimi dan bahunya dicuit seseorang. Lemah kakinya apabila dia pusing dia lihat Farhah di hadapannya.
"Kau buat apa kat sini Qimi", kata Farhah.
"Jom balik!", Qimi menarik tangan Farhah.
"Kau pasti ke aku Farhah", kata Farhah sambil tersengih.
"Kau boleh tak jangan main2 tak Farhah. Tempat ni keras tau, kalau apa2 jadi kat kau macam mana. Kau sorang, perempuan pula tu, boleh tak buat sesuatu fikir dulu. Jangan ikut keras kepala kau je", kata Qimi. Farhah tertunduk.
Farhah memandang muka Qimi yang dari tadi diam dan berpeluh itu. Lama dia memandang. Sudah 3 gelas teh o ais yang di order Qimi.
"Kau nampak apa tadi kat rumah tu Qimi", Soal Farhah. Qimi masih lagi mendiamkan diri. Farhah terus mengalihkan pandangannya apabila soalannya tak dijawab.
"Boleh tak lepasni kau tak payah buat kerja ni. Kalau kau nak kerja aku boleh cari kan. Aku risau lah", beberapa minit kmudiam Qimi bersuara. Farhah tersenyum.
"Kau suka aku eh Qimi. Risau betul kau", sakat Farhah melihat Qimi yang mengambil berat tentangnya dari tadi.
"Eh, jangan perasan. Aku risau kan kau jep. Aiman dengan Zizi dah keluar dari group kita ni. Takkan kita nak buat sendiri je. Kalau jadi apa2 kat kita siapa nak tolong", kata Qimi.
"Kau tahu kan ni minat aku. Tak kisah lah kena buat sorang ke apa. Aku tetap nak kena cari bahan nak upload kat web tu", balas Farhah masih berdegil.
"Tadi ada orang lain selain kita dalam rumah tu. Dia perhatikan kau tau. Bayangkan kalau aku tak de tadi. Kau sorang2", kata2 Qimi mendebarkan jantung Farhah.
"Perhati? Siapa", soal Farhah agak tergagap.
"Lelaki. Tak tahu lah siapa. Macam ni lah kita stop dulu. Lepas dapat orang kita mula balik", kata Qimi. Lama Farhah berfikir.
"No!. Esok aku nak ambil kamera aku kat rumah tu. Dan pagi esok juga aku nak pergi survey rumah hantu lain pula", kata Farhah masih berdegil.
"Dan.. kamera aku kalau hilang kau ganti", kata Farhah. Tadi mereka bergegas meninggalkan rumah itu. Haqimi mengelengkan kepalanya sambil menekup mukanya.
*****
Seminggu kemudian Farhah mendapat tawaran untuk mengikut projek paranormal yang agak terkenal. Itu lah impiannya selama ini. Walaupun mula2 di halang oleh Haqimi dan Mimi.
"Malam ni aku nak pergi cari hantu lagi", kata Farhah pada Qimi.
"Dengan Team tu ke", soal Qimi.
"Aah. Rumah yang kita pergi dulu", kata Farhah.
"Tapi rumah itu keras Farhah. Aku takut kau apa2 nanti", kata Qimi dia berasa risau.
"Tak ada lah, krew dorang ramai lah", kata Farhah yg berdegil.
"Aku nak join boleh", kata Qimi.
"Tak payah lah. Kau pun kata dah cuci tangan kan", balas Farhah. Qimi hanya terdiam.
Beberapa minit kemudian ada beberapa orang lelaki mendekati mereka dengan muka yang agak marah.
"Weyh Farhah. Kau boleh tak cakap dengan team kau tu jangan kacau tempat kita orang. Mana kita orang check in nak buat projek paranormal mesti ada korang. Aku tau kau peminat laman web kita orang dulu. Tapi tolong lah jangan kacau kita orang", kata salah seorang lelaki itu.
"Mana ada. Semua kebetulan lah", jawab Farhah selamba.
"Kebetulan apa. Kau rajin tengok status facebook aku kan. Kat situ semua jadual projek hantu aku letak. Ni last warning. Kalau tak siap lah kau", kata lelaki itu lagi. Lalu mereka terus beredar.
Qimi memandang wajah Farhah yang agak merah menahan malu itu tadi.
"Kau jangan main2 dengan dia orang Farhah", Qimi mengingatkan Farhah. Farhah hanya buat tidak tahu.
*****
Malam itu, Qimi tidak dapat tidur dengan lena oleh kerana risau akan keselematan Farhah setelah diugut tadi. Dia tahu Farhah mesti lakukan lagi oleh kerana Farhah sejenis perempuan yang keras kepala dan degil . Dia mesti tidak mendengar ugutan lelaki2 itu tadi.
Farhah bergelak ketawa di dalam kereta bersama beberapa orang krew Projek Mencari Hantu. Setelah sampai dia melihat sekeliling. Rumah itu agak gelap dan besar. Dia perlu berhati2 dengan rumah itu dan dia teringat ugutan yang diterima pagi tadi. Rumah ini adalah destinasi kumpulan itu malam ini.
Farhah mula berjalan melakukan kerjanya bersama tiga orang lagi krew. Dia merakam beberapa kawasan yang agak menakutkan. Dia tidak tahu kemana pergi keberaniannya malam itu. Dia pernah berjalan seorang diri di rumah itu tempoh hari tetapi malam ini dia agak takut walaupun bersama 3 orang krew yang lain.
Dia berjalan menuju ke sebuah bilik berseorangan dan merakam dari setiap sudut bilik dari atas bawah dan keliling. Tiba2 kameranya terhenti di sebuah sudut. Farhah ternampak bayang seorang lelaki yang di kenalinya. Qimi?.
Dia terus berjalan menuju ke arah lembaga itu. Kakinya terasa lemah melihat apabila dia sudah mendekati lembaga itu. Satu lembaga yang agak menyeramkan lalu dia terus pengsan tidak sedarkan diri.
Sudah hampir tiga hari tiada khabar berita tentang kehilangan Farhah. Haqimi juga bersama-sama mencari Farhah di rumah tinggal itu. Sudah 5 ustaz di panggil untuk mencari Farhah.
Haqimi berjalan dari atas ke bawah rumah itu memanggil Farhah tetapi langsung tiada jawapan. Qimi terus teringat pada ugutan yang di terima Farhah beberapa hari lepas. Ada juga dia berjumpa dengan lelaki itu.
"Aku tak tahu lah. Dia pergi berani sangat masuk rumah tu kenapa", kata Megat lelaki yang mengugut Farhah itu.
"Kalau kau jumpa dia, kau call aku. Maaf aku tuduh kau", kata Qimi. Dia terus keluar dari pejabat itu.
Qimi mundar mandir dalam rumah tinggal itu, dia sungguh risau dengan keselamatan Farhah. Walaupun farhah degil dan keras kepala hatinya tetap risau. Beberapa orang ustaz masih lagi mencuba mencari. Ada seorang Ustaz menasihatkan agar rumah ini tidak lagi di ganggu. Mungkin benda halus di dalam rumah ini berasa marah. Qimi memandang sebuah bilik tempat dia nampak lembaga ngeri itu tempoh hari.
"Ustaz!", Qimi memanggil Ustaz Azhar. Ustaz Azhar memandang Qimi.
"Saya rasa dia ada dalam bilik ni. Sebab hari tu saya pernah nampak sesuatu dalam bilik ini", kata Qimi. Ustaz Azhar mengangguk.
Sedang ustaz Azhar membaca ayat Ruqyah itu. Qimi terus mencari. Beberapa krew juga terus mencari. Qimi terlihat sekujur tubuh terbaring di tepi tingkap bilik itu. Dia segera mendekati tubuh itu dan dia tersenyum melihat Farhah di depan matanya.
"Ustaz! Saya dah jumpa", mereka semua mengerumuni Farhah yang masih terbaring lemah.
"Nanti qimi", Ustaz Azhar terus memegang kepala Farhah dan membaca beberapa ayat suci AlQuran. Farhah bangun lalu pengsan semula. Qimi segera medukung Farhah untuk di bawa keluar.
****
Beberapa hari kemudian Farhah sembuh dari demam panas yang teruk. Dia sudah tidak lagi mengikuti mana2 projek paranormal seperti sebelum ini. Dia mencari kerja lain yang lebih menjamin masa depannya.
"Asal kau senyum sorang2 tu", kata Farhah kepada Qimi.
"Teringat Hari tu masa kau hilang", balas Qimi.
"Dah lah, jangan ingat kan, seram aku rasa kalau ingat balik", kata Farhah.
"Jadi kau nak cari hantu lagi ke lepasni", soal Qimi.
"Tak nak!. Biar lah kerja biasa je. Dari hilang lagi", balas Farhah. Qimi hanya tersengih.
"Aku tak lah takut hantu tau Farhah", kata Qimi.
"Habis? Kau takut apa", soal Farhah.
"Aku takut sangat kalau hilang kau lagi", kata2 Qimi membuat Farhah tergamam.
"Farhah. Boleh tolong tak", kata Qimi", kata Qimi.
"Tolong apa", soal Farhah hairan.
.
"Tolong berhenti menghantui aku setiap hari. Cukup la hantu je takutkan aku.", kata Qimi sambil tersengih.
"Alahh. blah lah kau", balas Farhah sambil tersenyum.
Farhah tersengih dan tersenyum malu.
