Isnin, 28 Januari 2019

BIARKAN AKU PERGI



"Zara, betul ke Zara nak pergi kerja kat luar negari. Habis macam mana rancangan kita nak buka ladang..", Belum sempat Khai menghabiskan kata-kata Zara terus memotong.

"Khai buat je lah sorang. Lagi pun tanah tu kan tanah arwah ayah Khai. Kenapa nak kena ada Zara", Kata Zara lagi.

Berat hati Khai untuk melepaskan Zara keluar bekerja di luar negeri.  Dia takut Zara akan melupakannya kerana mereka tidak pernah berpisah selama ini. Zara dan dia telah lama berkawan, sejak dari sekolah hingga sekarang. Mereka juga belajar di universiti yang sama bagi peringkat yang lebih tinggi.

"Tapi Zara, Khai kan dah cakap separuh dari tanah arwah ayah Khai. Khai akan bagi Zara Lagipun kita dah janji nak usahakan sama2", kata Khai dengan agak sedih.

"Dari Khai bagi Zara. Baik Khai gunakan tanah tu untuk tolong ibu Khai yang sakit tu. Ok lah Zara nak balik", Zara terus meninggalkan Khai yang masih tertunduk di situ.


Malam itu selepas pulang dari masjid, Khai terus ke rumah Zara untuk berjumpa untuk kali terakhir sebelum Zara bergerak ke luar negara keesokkan harinya.

"Assalamualaikum..", Khai memberi salam. Selepas beberapa minit seorang lelaki yang agak berumur keluar.

"Waalaikumsalam..oh Khairil, kenapa Khairil. Nak jumpa Zara ke", kata lelaki itu. Lelaki itu adalah ayah Zara. Khai hanya mengangguk dan tersenyum.

Zara melihat dari celah tingkap yang berlubang sedikit itu. Dia memberi isyarat kepada ayahnya untuk supaya memberitahu Khai yang Zara tiada di rumah.

"Lupa pula pakcik. Zara keluar tadi, katanya nak jumpa kawannya", kata ayah Zara. Muka Khai berubah.

"Hmm..Boleh saya bincang sesuatu dengan pakcik", kata Khai. Pakcik Hassan hairan. Dia mempelawa Khai untuk berbincang di dalam rumah.

Khai melihat sekeliling, dia agak kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Zara buat kali terakhir. Dia ingin berjumpa keesokkan harinya tetapi dia terpaksa ke pejabat tanah untuk mendapatkan gran tanah arwah ayahnya. Itu sebab dia mahu berjumpa Zara pada malam ini.

"Zana buatkan air untuk abang Khai ni", kata Pak Hassan kepada anak keduanya itu.

"Tak apalah pakcik. Saya sekejap je", Kata Khai.

"Apa yang kamu nak bincangkan ni", tanya Pak Hassan. Suaranya agak garau membuatkan mulut Khai terkunci.

"Saya, nak masuk meminang anak pakcik, Zara", kata Khai. Dia terus menundukkan wajahnya, takut dia mahu melihat muka pak Hassan yang agak garang itu.

"Apa kamu cakap ni Khairil", tanya Pak Hassan.

Khai cuba mengumpulkan tenaganya untuk berterus terang. Zara yang terdengar perbualan mereka hanya terdiam. Dia melihat Khai yang sedang cuba sedaya upaya untuk meluahkan kata2.

"Kamu sedar tak. Kamu kerja pun tak stabil. Kamu tahu kenapa pakcik hantar dia bekerja ke luar negeri. Sebab pakcik tak nak dia terikut kamu. Malas bekerja asik mengharapkan duit arwah ayah kamu je. Sampai bila kamu nak macam ni Khairil", kata-kata Pak Hassan itu agak merobek hatinya.

"Tapi pakcik. Saya janji saya akan bahagiakan Zara. Saya janji pakcik", kata Khai. Dia menggengam tangannya.

Zara yang melihat dari tadi berasa sedih. Dia kasihankan Khai, tetapi dia terpaksa bertahan kerana ayahnya sudah menjodohkannya dengan bakal suaminya yang juga bakal bosnya.Zara cuba ditenangkan adiknya.

"Bahagia saja tak cukup Khai. Baik kamu balik kamu ubah kehidupan kamu tu. Kamu cari diri kamu tu dulu. Baru kamu datang sini untuk ambil anak aku jadi isteri kamu",  Kata Pak Hassan.

Khai mengangguk, dalam hatinya dia akan berusaha sebaik mungkin untuk memiliki wanita yang sudah lama bertahta di hatinya. Dia bangun dan menyalam tangan Pak Hassan selepas itu dia terus beredar dari situ. Hatinya berkobar2 untuk membuktikan pada pak Hassan yang dia boleh berjaya.

Zara hanya tertunduk melihat Khai yang beredar. Airmatanya mengalir. Dia tahu lelaki itu amat menyintainya.


Pada pagi keesokkan harinya. Khai duduk di tepi sungai kampungnya. Dia termenung jauh, terkadang dia tersenyum sendiri apabila terimbau kenangan bersama Zara. Dia melihat jam di tangannya. Jam yang diberi Zara kepadanya sempena hari jadinya ketika di Universiti dahulu.

"Khai!", Zara memanggil Khai yang sedang sibuk mentelaah buku untuk menduduki ujian tak lama lagi.

"Eh Zara. Khai tengah sibuk ni", kata Khai.Zara terus memuncungkan bibirnya.

"Ye lah. Kenapa Zara ?", pujuk Khai. Zara terus tersenyum.

"Nah..", Zara menghulurkan sebuah kotak kepada Khai.

"Apa ni.", kata Khai dengan agak hairan.

"Buka lah. Tapi sebelum tu kena baca doa dulu", kata Zara sambil tersengih.

"Kenapa", tanya Khai lagi.

"Khai ni banyak tanya lah. Cuba buka je", kata Zara agak geram.

Khai hanya tersenyum. Dia terus membuka balutan kotak itu, dan terus tersenyum. Dia memandang kotak itu dan Zara bersilih berganti.

"Selamat hari lahir Khai", kata Zara sambil tersengih.

"Terima kasih Zara. Khai memang minat sangat jam ni. Macam mana Zara tahu.", kata Khai, dia terus memakai jam yang diberi itu.

"Ada lah", kata Zara sambil tersenyum.


Khai tersenyum melihat jam di tangannya itu. Tiba2 dia terasa sebak, dia sangat merindui Zara yang telah pergi ke luar negeri sebentar lagi.

Zara hanya melihat Khai yang termenung di tepi sungai itu dari belakang. Dia tersenyum, dia menyintai Khai tetapi dia harus menurut kata ayahnya. Airmatanya mengalir, dia harus beredar dari situ sebelum disedari Khai.

Khai menoleh ke belakang selepas menyedari dia seperti di perhati. Dia terus mengambil begnya dan beredar dari situ. Khai menunggang motornya untuk ke rumah Zara untuk melihat Zara buat kali terakhir dan dia harus ke pejabat tanah kemudian. Beberapa minit perjalanan dia sampai di depan rumah Zara, Khai melihat Zara sedang bersalaman dengan orang tuanya. Dia situ juga ada seorang lelaki yang agak mesra dengan keluarga Zara. Hatinya agak luluh ketika itu.

Lelaki itu membukakan pintu kereta untuk memudahkan Zara masuk ke dalam kereta. Khai tersenyum sendiri apabila melihat Zara yang tersenyum itu walaupun hatinya agak sakit melihat kemesraan mereka. Selepas melihat kereta itu beredar Khai melihat pak Hassan yang sedang memerhatikannya sambil tersenyum dan Khai hanya mampu tertunduk.


Beberapa tahun kemudin Zara pulang ke kampung. Orang yang paling gembira adalah Khai apabila mendapat tahu berita itu dari Ibunya. Khai juga sudah agak berjaya dengan mengusahakan  ladang buah buahannya sehingga ke luar negeri. Dia juga sudah bersedia untuk berjumpa dengan keluarga Zara apabila Zara pulang ke kampung.

"Assalamualaikum Zara!", Khai memberi  salam kepada Zara yang sedang termenung di pondok di tepi sungai tempat mereka selalu berjumpa dahulu.

"Waalaikumsalam, eh.. Khai. Macam mana Khai tahu Zara balik", kata Zara.

"Ada lah. Khai tahu dari hati Khai, orang kata apa, panggilan Cinta. Haha", kata Khai sambil tersenyum.

"Apa lah Khai ni, Khai apa khabar. Dah kahwin ke", kata Zara sambil tersenyum.

"Hmm. Khai sihat je. Belum lah, tapi bakal kahwin sebab jodoh Khai dah balik. Kenapa Zara dah kahwin ke", kata Khai sambil tertawa.

"Belum tapi..", belum sempat Zara menghabiskan ayat Khai terus memotong.

"Eh. Zara nak tengok tak ladang kita. Banyak tau buah buahan kat situ.  ", kata Khai. Zara hanya mengangguk dan mengikuti Khai ke ladangnya.

Malam itu selepas solat Isyak, Khai mengurut kaki ibunya di ruang tamu rumahnya. Lama ibunya memandang wajah anak lelakinya itu.

"Kenapa Ibu tengok Khai macam tu", kata Khai.

"Ibu tak sangka anak ibu ni boleh berjaya", kata Puan salmah.

"Ini atas berkat doa ibu lah. Kalau ibu tak doakan Khai mesti Khai tak berjaya",  kata Khai. Puan Salmah tersenyum.

"Khai tak nak cari isteri ke, sampai bila Khai nak jaga Ibu", kata puan Salmah sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Khai dah ada calon, tapi nanti lah khai cakap kat ibu", kata Khai sambil tersenyum.

"Ha. Baguslah. Kawan baik kamu pun dah nak kahwin", kata puan Salmah. Khai hairan dan tiba2 hatinya berdebar.

"Ni ha, Zara datang petang tadi. Dia cari Khai tapi Khai kat ladang", Puan Salmah memberi sepucuk surat kepada Khai.

Khai menjadi sebak selepas melihat surat itu. Surat itu adalah kad jemputan perkahwinan Zara bersama lelaki pilihannya. Dia terkejut dan terus mengambil kunci motornya untuk ke rumah Zara.

"Zaharah Asyikin!!", jerit Khai. Zara yang sedang menonton tv terus keluar apabila mendengar suara jeritan itu.

"Apa ni Zara!", Khai menunjukkan Kad jemputan itu.

"Kenapa Zara buat Khai macam ni, apa salah Khai kat Zara. Kenapa Zara, kenapaa!", kata Khai. Dia cuba menahan air matanya

"Zara nak bagitahu Khai. Tapi tiap kali Zara nak cakap Khai selalu potong", kata Zara. Dia terkejut melihat Khai yang sedang marah itu.

Pak Hassan yang terdengar suara orang bertengkar itu terus segera keluar. Dia melihat Khai yang sedang memarahi Zara.

"Kenapa ni Khai. Kau jerit apa malam2 ni", kata Pak Hassan.

"Pakcik cakap kenapa. Ni apa pakcik", Khai menunjukkan kad jemputan itu dan terus memcampakkan ke tanah. Zara agak terkejut dengan perubahan Khai. Khai yang dia kenali selama ini agak lembut dan penyabar orangnya.

"Kenapa pakcik buat saya macam ni, dulu pakcik kata kalau saya dah berjaya saya boleh ambil Zara sebagai isteri saya. Mana janji pakcik dulu. Mana pakcik.!, Zara kenapa Zara buat macam ni kat Khai kenapa Zara.   Kenapa!", kata Khai dia terus terduduk dan menangis.

Pak Hassan hanya terdiam. Dia rasa bersalah kepada Khai, dia tahu salahnya kerana tidak menyukai Khai. Dia tidak sangka Khai boleh berjaya seperti ini. Zara cuba mendekati Khai yang masih lagi terduduk itu.

"Jangan dekat Zara", kata Khai. Dia terus bangun lalu menaiki motornya dan terus meluncur laju meninggalkan Zara dan pak Hassan yang terkaku di situ.

Zara terus terduduk dan menangis. Dia rasa sangat bersalah kepada Khai. Dia tahu dia banyak menyakitkan hati Khai. Dia tahu selama ini Khai setia padanya, Pak Hassan cuba menenangkan anak perempuannya itu.

Beberapa jam kemudian, pak Hassan mendapat panggilan dari ibu Khai yang mengatakan Khai kemalangan. Pak Hassan  terkejut, lalu dia dan Zara terus segera ke hospital. Sampai sahaja di hospital Zara melihat Puan Salmah yang berkerusi roda itu sedang menangis di hadapan wad Icu.
"Mak cik", panggil Zara.

"Zaraaa", Puan Salmah terus memeluk Zara.

"Kenapa ni mak cik", tanya Zara.

"Khai kemalangan tadi Zara. Parah kata doktor. Dia koma", jawab Puan Salmah. Zara terkejut. Airmatanya mulai mengalir, dia tahu semua ini salahnya.

Zara melihat tubuh Khai yang terbaring lemah di dalam wad itu. Puan Salmah menggengam kuat tangan Khai yang membuatkan hatinya luluh. Siapa lagi tempat bergantung Puan Salmah selain Khai selepas kematian suaminya beberapa tahun lepas.

Setiap hari Zara melawat Khai dan sudah hampir 3 minggu Khai terbaring tidak sedarkan diri. Pak Hassan juga telah menangguhkan perkahwinan Zara bersama lelaki pilihannya itu. Dia tahu Zara sedang bersedih.

"Zara..", panggil puan Salmah yang sedang cuba mendekati Zara. Zara terus bangun membantu puan Salmah.


Puan Salmah memberi sepucuk sampul surat bersaiz A4 kepada Zara. Dia mengerutkan dahinya.

"Apa ni makcik", tanya Zara.

"Buka lah nak", kata Puan Salmah.

Zara terus membuka sampul itu. Dia terkejut melihat surat di dalam itu. Dia memandang puan Salmah, puan Salmah hanya menunduk.

"Apa ni makcik. Kenapa", tanya Zara kepada puan Salmah.

"Itu wasiat dia Zara. Dia nak kamu usahakan ladang tu kalau dia takda nanti. Dia selalu bercerita pada makcik yang dia nak sangat usahakan ladang tu dengan kamu. Tapi dia sedih bila dapat tahu kamu nak pergi kerja luar negara. Dia sedih sangat, lepas je kamu pergi dia banyak diam je . Langsung tak bercakap..", puan Salmah sebak untuk meneruskan percakapan.

"Kamu tulis apa tu Khai dalam komputer tu. Serius je mak tengok", tanya Puan Salmah kepada Khai yang sedang khusyuk menaip sesuatu di komputernya itu.

"Wasiat mak. Mana lah tahu Khai pergi, senang kalau dah ada wasiat ni", kata Khai yang membuatkan Puan Salmah terkejut.

"Apa kamu cakap tu Khai. Kamu muda lagi.", jelas Puan Salmah.

"Mati ni bila2 je mak", kata Khai. Puan Salmah menggelengkan kepalanya. Selepas selesai menaip Khai terus mencetak surat itu. Dia mendekati ibunya.

"Ibu, kalau Khai tak sempat jumpa Zara. Ibu bagi surat ni kat dia. Tapi ibu jangan risau bahagian ibu paling banyak Khai kasi", kata Khai sambil tertawa.

"Apa kamu merepek ni Khai. Tak nak ibu. Khai bagilah sendiri", kata puan Salmah. Dia menjadi tidak sedap hati.

"Ibu..", Khai memanggil ibunya dengan nada manja.

"Khai jangan lah cakap macam ni, risau ibu tau", kata puan Salmah. Dia terus mengusap kepala anaknya itu.

Zara termenung sendiri selepas mendengar cerita dari puan salmah.  Dia melihat wajah lelaki di hadapannya dengan sayu. Sesekali dia melihat puan salmah yang tertidur di sofa di dalam wad itu. Wajah tua itu agak kepenatan menunggu anak kesayangannya dari sedar.

Khai cuba membuka matanya, Zara yang terkejut terus bangun dan mahu memanggil jururawat tetapi di halang Khai.

"Ja..ngan,,", kata Khai dengan lemah.

"Khai, bangun khai, Zara panggil doktor yer", kata Zara.

"Tak pa..yah", kata Khai sambil tersenyum.

"Zara, khai nak min,.tak tolong Za..ra", kata Khai, Zara terus tersenyum dan mengangguk. Dia cuba menahan sebak di dadanya,

"Tolong jagakan ibu yer", kata Khai lagi.

"Zara kejutkan ibu khai. Khai tahu dia tunggu Khai sedar..", kata Zara.

Khai menoleh melihat wajah ibunya yang kepenatan itu. Airmatanya mengalir, dia tahu ibunya sentiasa di sisinya ketika dia sakit.

"Tak apa Zara, biarkan dia tidur. Zara duduk lah", kata Khai.

Zara segera duduk, dia memandang wajah Khai yang sedang menahan sakit itu. Khai tersenyum melihat wajah wanita yang dicintainya selama ini di hadapannya.

"Zara.. tolong ya, jaga ibu Khai", kata Khai lagi, Zara terus mengalirkan airmatanya.

"Zara jangan nangis, tak lawa lah zara nangis, cuba Zara senyum", kata Khai, dia cuba menguatkan dirinya.

Zara cuba tersenyum, tetapi dia tidak dapat menahan airmatanya. Dia tahu kalau bukan kerananya perkara sebegini takkan terjadi.

"Khai, maafkan Zara. Zara tahu salah Zara. Zara minta maaf Khai", kata Zara dia mengesat airmatanya.

"Shh.. jangan kuat sangat cakap. Nanti ibu Khai terbangun. Khai dah lama maafkan Zara", kata Khai. Zara masih lagi menangis, dia berasa sangat bersalah kepada Khai.

"Khai, Zara janji kalau Khai sihat nanti. Kita terus kahwin. Zara janji, Khai tolong lah sihat . Ayah Zara dah batalkan perkahwinan Zara dengan lelaki tu", kata Zara lagi. Khai hanya mengangguk dan tersenyum. 

"Khai suka tengok Zara senyum. Cuba Zara senyum", kata Khai. Zara terus tersenyum. Lama Zara memandang Khai, Khai memejamkan matanya. Dia terasa penat kerana banyak bercakap ketika badannya masih lemah. 

"Zara... Khai haus lah, boleh tolong ambilkan air", kata Khai. Zara mengangguk dan terus bangun untuk mengambil air dia sebelahnya. 

"Khai.. meh Zara tolong Khai bangun.", kata Zara tetapi tiada apa-apa tindakan dari Khai. 

"Khai..Khai..", Zara cuba mengejutkan Khai. 

"Doktor!!", jerit Zara dia menjadi takut. Puan Salmah yang sedang tidur tersedar, Beberapa minit kemudian jururawat dator masuk dan mengarahkan Zara dan puan Salmah tunggu di luar.

"Khai bangun Khai.. jangan buat Zara macam ni..", kata Zara airmatanya terus mengalir. Tubuh Khai masih kaku. 

"Kenapa ni Zara", tanya puan Salmah.

"Khai makcik tadi dia sedar. Dia borak dengan Zara tapi ni..", kata Zara airmatanya terus mengalir. 

"Kenapa Zara tak kejut Makcik..", Kata puan Salmah. Luluh hatinya. Dia mahu melihat anaknya sedar tetapi hanya tinggal harapan. Zara mengesat airmata dan memeluk puan Salmah. 

Beberapa minit kemudian seorang doktor keluar membawa berita yang agak menyedihkan. 

"Khai....maafkan Zara", Zara terus menangis apabila mengetahui Khai sudah meninggal dunia.  Puan Salmah yang mendengar berita itu terus terduduk dan menangis atas pemergian anak kesayangannya itu.

Beberapa hari kemudian Zara melawat kawasan ladang yang telah di usahakan Khai. Dia lihat ramai pekerjanya sedang bekerja. Zara tersenyum sendiri apabila melihat kejayaan yang telah di kecapi Khai. Dia berasa bangga dalam masa yang sama merasa menyesal kerana telah menyakitkan hati Khairil. 

---------------------------TAMMAT--------------------------