Selasa, 24 Mac 2020

Menangis

Menangis ?

Memang bila rasa sunyi,
Tangisan peneman diri,
Bila rasa tenang,
Kau masih nak meratapi,

Menangis memang baik,
Tapi sampai bila?
Menangis untuk orang tak pernah hargai engkau?
Sampai bila?

Menangis untuk melegakan sakit,
Tapi lagi sakit kalau kau terus meratapi,
Padahal ada lagi yang setia menunggu kau,
Kau sakit dipermainkan pasangan,
Di abaikan ibu bapa
Di benci adik beradik
Di lupa kawan-kawan?

Tapi kau lupa masih ada yang setia menunggu kau,
Yang menghargai kau,
Yang menunggu kau pulang padaNya
Mengadu padaNya,
Menangis keranaNya,
Kau lupa,
Kau alpa,
Kau masih sedih meratapi duniawi,
Padahal nanti perkara tu sementara.

Jumaat, 20 Mac 2020

FAHAM

Fahami perasaan diri,
Fahami sekeliling sini,

Manusia takkan pernah faham,
Bila kita berlawan dengan diri,
Lawan dengan bisikan di sekeliling,
Lawan dengan perasaan sendiri,

Manusia akan nampak,
Bila kita tersilap rentak,
Tersilap tapak,
Yang membuat kita bentak,

Perasaan ni hanya Tuhan yang tau,
Cuba bertahan walau sakit,
Cuba berlawan walau perit,
Mengalir tangisan tak berharga,

Jangan pernah menghakimi,
Jika tak merasai apa yang orang rasai

Isnin, 16 Mac 2020

MIMPI

Jiwa meronta ingin keluar,
Mencari cahaya yang lama kelam,
Terkubur hati yang telah mati,
Tersimpan beribu rahsia,
Menjadi mimpi nan ngeri.

Kau berkata umpama boneka,
Berjasad tapi tidak bernyawa,
Membawa mimpi yang cuba kau gapai,
Tapi indah hanya di awan,
Menarik tapi tidak tercapai.

Ahad, 15 Mac 2020

EGO

Jauh mengenang hati,
Yang sering di lukai,
Alpa mengenang dosa,
Yang selalu di lakui.

Tak kuat menempuh hari,
Tak mampu meneman diri,
Terus jatuh ke bumi,
Menangis tanpa henti,

Membiar hati merana,
Tapi masih lupa di mana,
Di mana apa?
Di mana tempat bersujud.

Mengenang jiwa kosong,
Mengenang sering di sakiti,
Di cuit sikit untuk di kenang,
Tapi masih leka dengan duniawi.

Sampai bila ego melangit,
Mendongak tanpa menunduk,
Berjalan tanpa langit,
Berlari tanpa kaki,
Terbiar lemah tak terdaya,
Tersorok di hujung pusat bumi.

Selasa, 10 Mac 2020

CERPEN : BAHAGIA

"Dalam hidup ni, kita ada pilihan. Kita yang kena buat pilihan tu", kata-kata Najihah masih terngiang di fikiran Hani. Dia sudah tidak tahan dengan keadaan rumah tangganya yang hampir runtuh itu. Hani mengelap airmata yang masih tersisa.

Hani duduk di atas katil biliknya dia lihat wajah suci anaknya yang baru masuk 3 bulan itu. Selama dia di dalam pantang tiada siapa yang menjaganya selain Najihah yang setiap hari datang menguruskannya. Suaminya telah berubah sejak dia mengandungkan Zair5 bulan. Dia sehingga tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaannya. Dia sebatang kara di dunia ini. Cuma suaminya dan sahabat baiknya itu yang dia ada sekarang ini. Keluarga mertuanya tidak peduli tentangnya kerana masih benci tentang zaman silam Hani.

"Semua orang ada masa silam Hani. Cuma kita je kena fikir macam mana nak berubah. Aku tau kau dah berubah", sekali lagi kata-kata Najihah singgah di fikirannya.

Beberapa minit kemudian. Hani mendengar bunyi pintu di buka. Terus dia pergi ke arah pintu. Dia lihat suaminya baru pulang dari tempat kerja.

"Abang nak makan? Hani ada masak tadi", soal Hani. Suaminya buat tidak endah.

"Abang, Hani tanya ni", soal Hani lagi.

"Kau nampak tak aku tengah penat ni. Boleh tak jangan kacau hidup aku. Kau masak bukan sedap pun", kata Khairi terus dia berjalan ke dalam biliknya. Hani terus tertunduk, airmatanya terus mengalir. Apa dosanya selama ini.

__________________________________________

Malam itu Hani duduk sendirian di ruang tamu. Dia memeluk tubuhnya dan difikirannya bercelaru, airmatanya sudah berhenti mengalir. Tetapi hatinya masih lagi sakit dengan layanan suaminya sekarang ini. Bunyi tangisan bayinya memecah kesunyian malam itu. Hani bangun dan lihat suaminya sedang menepuk-nepuk anaknya itu. Hanis tersenyum bahagia. Dia pun mendekati suaminya, suaminya memberikan anaknya untuk di susunya. Hani hairan dengan layanan suaminya itu. Tiba-tiba dia berubah 360 darjah dari bengis kepada lembut.

Hani memandang wajah manis suaminya. Dia masih hairan, dia terus memberi anaknya susu botol kerana Hani mempunyai masalah kurang susu badannya. Suaminya membelai rambutnya dengan lembut. Dia terus berasa hairan. Beberapa saat kemudian bunyi suara suaminya memekik memanggilnya.

"Kau pekak ke! Kau tak dengar ke anak kau menangis. Kau nak tunggu jiran kau datang ke?!", Dia memandang suaminya di depannya dengan keadaan yang masih tidak sedar. Dia membelai pipi suaminya. Suaminya terkedu terus menepis tangan Hani.

"Kau dah kenapa?! Aku cakap dengan kau ni?", Hani masih tersenyum memandang wajah suaminya itu. Suami terus menampar muka Hani dengan kuat. Hani terus tersedar dari lamunannya.

"Abang? Kenapa tampar Hani?", Soal Hani.

"Sedar dah kau. Aku cakap dengan kau dari tadi kau tak dengar. Anak kau menangis kau pekak ke. Nak tunggu sampai jiran kau dengar ke. Ke kau masih ambil lagi barang tu. Sini aku bawa kau pergi balai", Khairi menarik tangan Hani dengan kuat dan Hani cuba melepaskan diri. Tapi apalah daya dengan kudratnya yang kecil itu.

"Lepaslah. Sakit", rayu Hani.

"Tak puas lagi ke abang buat Hani macam ni. Hani dah lama sabar dengan abang. Hani tak tahu macam mana nak buat abang cintakan Hani semula. Kalau betul abang dah tak nak Hani kenapa tak lepaskan je. Sampai bila Hani nak tersiksa?", kata Hani. Khairi melepaskan genggaman tangannya.

"Abang.. ", belum sempat Khairi menghabiskan kata-katanya Hani terus rebah tidak sedarkan diri.

________________________________________________

Khairi mundar mandir di depan bilik ICU, dia menyesal dengan perbuatannya sebelum ini. Dia ada sebab tersendiri kenapa dia layan Hani lain dari sebelumnya. Khairi tidak pernah terfikir untuk menduakan isterinya dan menyakitinya.
etelah mendapat berita yang Hani mengandung, dialah orang paling gembira. Setelah 3 tahun penantian akhirnya Hani mengandung anak sulungnya itu.

Berberapa minit kemudian, seorang jururawat keluar untuk memanggil Khairi masuk ke dalam bilik itu. Khairi memandang Najihah yang sedang menidurkan anaknya Zairi.

"Isteri encik tak ada apa-apa. Badannya lemah mungkin kerana terlalu stress. Encik ada masalah dengan isteri encik ke?", soal Doktor itu. Khairi hanya mengelengkan kepalanya.

"Hmm. Tak apalah. Kalau isteri encik dah sedar. Encik panggil kami ye", kata Doktor itu lalu keluar dari bilik itu.

 Khairi mendekati isterinya. Dia memegang erat tangan isterinya, dia masih serba salah dan airmatanya terus mengalir.

"Hani dah berubah khairi. Tiga tahun perkahwinan korang takkan kau perasan. Kenapa tiba-tiba berubah", soal Najihah pada Khairi yang duduk di sebelahnya.

"Aku ada sebab lah", balas Khairi.
"Sebab apa Ri, ini budak ni. Bukan kau tunggu ke selama ini. Hani sabar je dengan mulut mak kau, kata dia mandul semua tu. Kau pernah fikir tak perasaan dia?", jelas Najihah lagi. Dia sudah tidak tahan dengan layan Suami dan mertua sahabat baiknya itu.

"Dia tak ada sesiapa Ri ,kat dunia ni. Kalau lau ada masalah kau bincang dengan dia. Bukan buat dia macam tunggul", kata Najihah lagi. Khairi masih terdiam.

"Zairi aku bawa balik rumah dulu. Mak kau bukan suka budak ni kan. Kau jaga lah Hani tu baik-baik. Bila dah ok semua. Aku bagi Zairi kat kau" kata Najihah. Dia mahu Khairi baiki hubungannya dengan Hani dahulu.

_____________________________________________

Beberapa minggu selepas itu Khairi terus menjaga Hani. Mandi, pakai dan makan Hani semua di jaga rapi.

"Mana Zairi. Mana anak saya", soal Hani.

"Zairi ada dengan Jihah. Dia jaga dulu. Hani kena lah sihat dulu. Baru boleh jaga Zairi", balas Khairi.

"Hani nak Zairi. Abang tolong lepaskan Hani boleh tak", kata-kata Hani mengejutkan Khairi.

"Kenapa Hani cakap macam tu. Abang sayang Hani lah", jelas Khairi. Dia tahu Hani sudah tawar Hati dengannya.

"Kalau sayang kenapa layan Hani macam sampah", lagi sekali kata-kata Hani menikam hatinya.

"Abang minta maaf. Abang buat macam tu sebab..", Khairi tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

"Sebab abang dah benci Hani kan", balas Hani.

"Bukan lah. Abang sayang Hani sampai bila-bila cuma abang tak nak Hani terluka bila tahu abang tak boleh jalan nanti", Hani memandang wajah suaminya.

"Abang sakit Hani, abang tak tahu macam mana nak cakap tapi doktor cakap abang tak lama dah", Airmata Hani terus mengalir. Dia terkejut fikiranya betul-betul kosong.

"Abang tahu kan Hani cuma ada abang je. Kenapa abang tak jujur. Hani boleh jaga abang", soal Hani. Dia terus memeluk suaminya. Mereka berdua tidak dapat menahan kesedihannya.

___________________________________________

Khairi melihat Hani dan Zairi bermain dari kerusi rodanya. Dia lihat wajah isterinya yang lembut itu dia menjadi sebak. Bagaimana dengan mereka setelah dia tidak ada lagi.

"Abang kenapa pandang Hani macam tu", kata Hani.

"Makin cantik isteri abang", balas Khairi dengan senyuman hiba.

"Nanti Hani jaga Zairi baik-baik ya. Abang tahu Hani kuat", kata suaminya itu menbuat hani menjadi sebak.

"Kita boleh besarkan Zairi sama-sama. Doktor bukan tuhan bang nak tentukan ajal orang", Hani cuba menyakinkan Khairi untuk sembuh dari penyakitnya itu.

Khairi mengangguk dan tersenyum. Hani mengelap airmata suaminya. Suaminya tidak dapat menggerakkan tubuh kerana sel kanser sudah memakan separuh dari tubuhnya. Dia terus tersenyum bahagia kerana sempat berbaik dan bahagia bersama isteri dan anaknya.


PENDAM


Kau rasa kau kuat,
Kau rasa kau hebat,
Kau rasa kau berkudrat,
Tapi sebenarnya kau lambat,

Lambat sedar kurangnya diri,
Lambat sedar kurangnya hati,
Menepis jatuh semua isi,
Menerima kosongnya hati,

Biar,
Biar semua tersimpan,
Biar semua terpendam,
Menjadi dendam lama tersimpan,
Akhir jiwa yang terpadam.
3.29am 11.03.20

Jumaat, 6 Mac 2020

HADAP



Terlalu penat hadap perangai manusia,
Yang tak pernah penat mencari salah diri,
Baik macam mana pun tetap terus gali dan gali kesalahan diri,
Sampai hati sendiri tak pernah di cuci.

Apa yang boleh di buat cuma positif diri,
Buang anasir busuk yang mampu merosakkan hati kita.
Positif kan jiwa kita,
Walaupun kita tau jiwa kita telah lama mati.

Jangan terlalu mendongak ke langit sampai lupa jeram di depan menunggu untuk kita jatuh ke bumi.

Stay and stay positive.
Sakit kita,
Kita rasa,
Perih kita,
Kita bawa,
Hidup kita,
Kita jaga.
Selagi mampu bertahan,
Bertahan,
Selagi masih mampu berjalan,
Berjalan,..