Part 7 Mengingati Janji
Ain membelek novel yang dibacanya. Dia tidak dapat fokus pada bacaannya kerana fikirannya memikirkan Khaliff. Langsung tiada khabar dari khaliff. Ain sangat kecewa kenapa Khaliff membuatnya rindu yang teramat. Ain juga berasa hairan kenapa rakan sebiliknya Mimi dan Sarah tidak pulang lagi. Selepas lama berkhayal akhirnya Ain terlelap.
Ain terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi orang berbual sambil ketawa. Dia melihat Sarah dan Sarah sedang berbual. Dia terus melihat jam di dinding biliknya. Sudah pukul 5 petang. Dia segera bangun dari katil terus keluar untuk mengambil wuduk. Sarah dan Mimi terkedu melihat Ain, lalu mereka terus sambung berbual.
“Pukul berapa kau balik Ain. Kita orang masuk tadi tengok kau tengah tidur”, Tanya Sarah setelah melihat Ain selesai menunaikan solat.
“Pukul 12 tengahari tadi. Korang pukul berapa sampai. Kenapa tak kejut aku”, Jawab Ain.
“Pukul 3 tadi. Tak sampai hati nak kejut. Tengok kau lena betul tidur”, jelas Mimi pula.
“Kejut je lah. Nasib aku tersedar tau. Kalau tak terlepas aku solat asar ni”, kata Ain sambil melipat telekung dan sejadah yang digunakan tadi.
“Khaliff ambil kau ke tadi Ain”, tanya Sarah. Ain terus memandang wajah sarah.
“Tak. Dah seminggu aku tak dengar khabar dia. Call pun takde”, rungut Ain. Dia berasa sungguh kecewa. Kenapa Khaliff menutup telefon dan membiarkan dia menahan rindu.
“Kenapa macam tu. Kau ada gaduh dengan dia ke”, kali ni Mimi bersuara setelah jadi permehati dari tadi.
“Tak tau lah. Rasanya takde. Dia senyap tetiba. Aku pun tak tahu”, keluh Ain, Airmata dia pun mengalir.
“Janganlah nangis Ain”, Sarah terus memeluk Ain yang sedang teresak2 menangis.
Semasa di dewan kem motivasi. Ain didatangi Zaki rakan baik Khaliff. Dia sangat terkejut apabila mengetahui Khaliff kemalangan jalan raya. Khaliff koma selama 3 hari. Apabila sedar Khaliff seperti tidak ingat apa2. Yang dia ingat seorang wanita di dalam mimpinya. Ain terduduk di depan Zaki,
Airmatanya terus mengalir. Sarah dan Mimi cuba menenangkan Ain. Zaki hanya terdiam. Khaliff hilang ingatan dan tingkahnya bukan seperti lelaki dewasa.
Airmatanya terus mengalir. Sarah dan Mimi cuba menenangkan Ain. Zaki hanya terdiam. Khaliff hilang ingatan dan tingkahnya bukan seperti lelaki dewasa.
Petang itu Zaki membawa Ain ke rumah Khaliff. Dia berasa sebak melihat keadaan teman lelakinya itu. Ain cuba mendekati Khaliff yang sedang duduk di kerusi roda di hadapan rumahnya.
“Khaliff”, Ain memanggil Khaliff, Khaliff hanya buat tidak tahu.
“Khalif”, kali ni Ain berdiri di depan Khaliff.
“Kau siapa”, Tanya Khaliff. Ain sebak. Dia cuba menahan Airmatanya. Kenangan yang pernah dilalui Khaliff singgah di fikirannya.
“Saya Ain. Khaliff tak ingat ke”, Jawab Ain. Dia betul-betul berasa sebak. Zaki yang melihat dari jauh hanya tertunduk.
“Aku tak kenal kau lah, kau bukan bidadari tu”, Kata Khaliff. Kali ni Ain tidak dapat menahan dia terus masuk ke dalam rumah Khaliff dan terus menangis. Zaki cuba menenangkaannya.
Setiap hari selepas habis kelas Ain akan ke rumah Khaliff untuk membantu Khaliff mendapatkan ingatannya semula. Tetapi selalu sahaja gagal. Yang keluar dari mulut Khaliff hanya bidadari mimpinya.
“Khaliff ingat tak janji2 Khaliff dulu”, Ain cuba memandang Khaliff. Tetapi Khaliff hanya tertunduk.
“Khaliff janji dengan Ain. Khaliff nak jaga Ain. Tak nak sakitkan hati Ain”, Kata Ain. Kali ni airmatanya jatuh di depan Khaliff. Khaliff terus memandang dan mengelap airmata Ain.
“Kenapa awak menangis”, tanya Khaliff. Ain hanya mengelengkan kepalanya. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
“Lepasni Ain dah tak dapat nak jaga Khaliff. Ain dah tak dapat nak tolong Khaliff cari bidadari Mimpi Khaliff tu”, Kata Ain sambil mengelap Airmatanya.
“Tapi kenapa. Khaliff nak berkawan dengan siapa”, Tanya Khaliff yang hairan.
“Ain..”, belum sempat Ain menghabiskan ayatnya. Zaki sudah memanggil.
Khaliff hanya melihat Ain yang meninggalkannya tanpa mengucapkan selamat tinggal.