Part 4 makna mimpi
Kecoh satu kolej selepas mendengar berita tentang Ain yang pengsan. Ada juga yang bergossip tentang Khliff yang menyelamatkan Ain, Khaliff tiba2 menjadi agak popular di kolejnya kerana mendukung Ain sehingga ke dalam hostel seperti watak yang selalu muncul di televisyen. Sejak hari itu. Ramai yang memberinya bunga ada juga surat cinta. Tetapi Khaliff tidak melayan.
“Khaliff mimpi lagi perempuan tu ummi”, kata Khaliff kepada ibunya, sejak akhir2 ini. Khaliff sering bermimpi seorang wanita yang tersenyum kepadanya. Sudah banyak kali Khaliff bertanya kepada ustaz2 yang dikenalinya, kebanyakkan menyatakan ia hanya mainan tidur.
“Sudah lah Khaliff. Tu mainan tidur kamu je, jangan banyak fikir. Dah makan kejap lagi kamu ada kelas kan”, Ummi leha menyedokkan nasi goreng ke pinggan anak kesayangannya itu.
Ini lah satu2nya anaknya bersama arwah suaminya. Dia membesarkan Khaliff seorang diri selepas suaminya meninggal sewaktu khaliff kecil lagi. Dia sangat risau tentang anaknya yang selalu bermimpi pelik. Mimpi seorang wanita yang senyum kepadanya.
“Apa kata Khaliff cari girlfriend. Mana tahu mimpi tu tak kacau Khalif lagi”, Ummi Leha memberi cadangan kepada anaknya itu. Khaliff hanya diam dan terus menjamah makanan di hadapannya itu.
Sedang Khaliff sibuk menyiapkan kerja yang diberi pensyarahnya. Ain cuba menghampiri dan memberikan satu bekas makanan kepadanya,
“Ini untuk awak”, Kata Ain sambil tersenyum.
N“Apa ni “, tanya Khaliff. Ain terus menarik kerusi dan duduk di hadapan Khalif,
“Kek. Saya buat sendiri tau. Saya nak ucap terima kasih sangat2. Sebab awak tolong saya hari tu”, jelas Ain.
Khaliff tersenyum dan membuka bekas makanan itu. Dia mengambil sedikit dan memasukkan ke dalam mulutnya,
“Sedap. Bila awak buat ni”, tanya Khaliff.
“Semalam. Saya nak ucap terima kasih lagi sekali”, jawab Ain.
"Hmm, sama-sama", senyuman Khaliff terus mencairkan hati Ain yang sedang berbunga2 itu,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan