Selasa, 9 Januari 2018

Seindah Mimpi Khaliff Part 5


Part 5 Permulaan kemesraan

Khaliff menunggu Ain di luar bilik kuliah Ain. Setelah dia melihat Ain cepat2 dia berjalan ke arah Ain.

“Hi Ain”, Ain yang baru sahaja keluar dari bilik kuliah itu terkejut.

“Eh. Khaliff. Buat apa kat sini”, Tanya Ain. Mimi dan Sarah sudah tersengih. Ain tahu apa di hati rakannya itu,

“Saya nak ajak awak tengok wayang malam ni”, kata Khaliff.

“Korang. Kami tak nak kacau korang. Kami dua gerak cafe dulu yer”, Kata sarah sambil tersengih. Ain hanya tersenyum kelat dia tahu dua rakannya itu mahu mengenakannaya. Mereka berdua beredar dari situ. Khaliff hanya tersenyum melihat mereka.

“Macam mana awak. Boleh tak”, Sekali lagi Khaliff bertanya.
Ain hanya terseyum. Dia masih memikirkan pelawaan Khaliff itu. Di hatinya meronta2 ingin mengatakan ya. Kerana Khaliff adalah hero pujaannya. Tetapi apa pula kata orang lain di kolej itu. Puncanya kerana dia pengsan dan Khaliff datang menyelamatkannta.

“Awak?”, Khaliff memanggilnya.
“Boleh. Malam ni lepas maghrib awak ambil saya”, Ain bersetuju.

"Kenapa aku pergi setuju, aduh". Kata Ain dalam hati.

“Malam ni saya ambil awak ya”, Khaliff tersenyum dan dia terus beredar.

Di biliknya Ain mati kutu. Dia tidak tahu mahu memakai pakaian apa untuk keluar bersama Khaliff. Khaliff seorang lelaki yang agak bergaya. Tetapi dia hanya mempunyai baju kurung sebagai pakaian hariannya.

“Takkan aku nak pakai baju kurung”, Ain mengaru kepalanya. Dia masih memilih pakaian yang mahu di pakai pada malam ini.

“Pergi dating ke”, Ain di sapa oleh Sarah, sarah tahu Ain memang ada memendam perasaan pada Khaliff selepas Ain menceritakan kejadian yang berlaku pada hari pertama dia memasuki kolej ini. Dia selalu menceritakan tentang khaliff yang seperti hero hindustan itu.

“Dating apa. Kita orang keluar sama2 je”, Ain menafikan.

“Keluar sama2 je. Dah pergi tengok wayang dating lah tu”, perli Mimi pula yang dari tadi memerhati. Ain hanya mencebikkan mukanya.

“Kau pakai je lah baju kurung. Kau kan dikenali dengan title perempuan melayu terakhir”, kata sarah memberikan cadangan.

“Kau perli aku eh Sarah. Tapi nanti mesti dia malu nak keluar dengan aku. Ye lh kau tengok lah pakaian dia. Aku ni baju kurung je”, keluh Ain. Sarah hanya tersenyum.

“Takpe macam ni kau pakai baju aku”, Mimi pula memberi cadangan.
“Tak apa lah. Aku pakai baju kurung je lah”, Ain memilih untuk menurut cadangan Sarah.


“Hai khaliff”, Ain menegur Khaliff yang dari tadi menunggu di hadapan hostel tempat Ain tinggal.

“Hai!”, Khaliff agak terpaku melihat kecantikan Ain yang memakai baju kurung dan sedikit make up itu.

“Awak lepas rambut. Cantik”, puji Khaliff ini kalai pertama dia lihat Ain melepaskan rambutya. Selalu di kolej Ain akan mengikat rambut. Ain hanya tersenyum malu.

“Jom lah”, pelawa Khaliff. Mereka berjalan seiring ke arah kereta Khaliff.

Selepas habis menonton wayang mereka berjalan menuju ke sebuah restoren berdekatan pusat membeli belah di situ. Sambil menjamu selera mereka berbual. Berbagai cerita mereka bualkan. Ain merenung wajah hero pujaan di hadapannya itu. Dia seakan tidak percaya akan keluar bersama.

“Kenapa awak tenung saya macam tu. Ada apa2 ke kat muka saya ni”, Khaliff memegang mukanya. Ain yang merenung dari tadi terus mengalihkan pandangannya.

“Awak ok ke ni”, Tegur khaliff.

“Saya ok mungkin penat kot”, jawab Ain, dia tidak tahu kenapa jantungnya berdegup kencang.

“Ok lepas makan ni, saya hantar awak balik”, balas Khaliff. Ain hanya menggangguk dan tersenyum.

Sejak mereka keluar bersama malam itu. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka juga selalu keluar bersama. Ain pula semakin pandai bergaya walaupun hanya berbaju kurung. Dia memang suka memakai baju kurung. Mungkin kerana selesa berpakaian begitu.

“Ain saya ada benda nak cakap dengan awak ni”, Khaliff memulakan perbualan setelah masing2 senyap kerana tidak tahu mahu berbual apa lagi.

“Apa dia”, jawab Ain. Dia memandang wajah Khaliff.

“Awak nak tak jadi teman saya. Maksud saya teman istimewa”, Kata khaliff.

Dunia Ain bagai sunyi seketika. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang diluahkan Khaliff.

“Ain?”, Awak dengar tak. Saya janji saya tak akan sakitkan hati awak. Saya akan jaga awak macam saya jaga nyawa saya. Percayalah”, Rayu Khaliff.

“Betul ke ni, tapi kenapa”, Tanya Ain pula. Ini pertama kali lelaki mengajaknya bercinta.

“Betul lah Ain. Saya tak main2”, Khaliff meyakinkan Ain lagi. Ain hanya mengangguk dan tersenyum. Sejak hari itu hubungan mereka semakin rapat.



“Untunglah orang tu bercinta”, Perli mimi. Ain yang dari tadi membelek2 buku itu terus memandangnya.

“Apa yang untungnya, tak ada untung lah”, Jawab Ain.

“Ye lah bercinta hero pujaan kan, haha”, Sarah menyampuk.

“Tak ada lah korang, merepek lah. Dah lah malas aku nak layan korang. Baik aku tidur”, Kata Ain dia terus baring dan menarik selimut,

“Esok bukan ada kelas pon, Awal tidur”, kata sarah.

“Memang lah takde kelas sarah. Tapi dia ada kelas dengan hero pujaannya”, perli mimi.

Ain hanya memandang dan menutup matanya, malas dia mahu melayan rakannya itu. Semakin di layan semakin merepek mereka mengenakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan