.
Part 6 Perpisahan sementara
Part 6 Perpisahan sementara
“Khaliff jaga diri tau. Lagi dua minggu kita jumpa lagi”, Kata Ain. Dia terasa berat ingin berpisah sementara dengan Khaliff. Tetapi dia sangat merindui Ibu dan ayahnya di kampung
“Ain jaga diri tau. Jangan curang dengan Abang ye”, Khaliff mengesat air mata di pipi Ain. Ain hanya mengangguk.
“Janganlah menangis. Dua minggu je kan”, Khaliff cuba memujuk.
“Khaliff tunggu Ain yer”, kata Ain. Khaliff hanya mengangguk dan tersenyum.
Ain terus menaiki bas untuk pulang ke kampung halamannya di Kedah. Semasa bas bergerak Ain melambai ke arah Khaliff yang melambai kepadanya sambil tersenyum.
Sebelum beredar Khaliff sempat memandang bas yang dinaiki Ain.
Petang itu Khaliff hanya duduk di rumah sambil menonton televisyen. Tetapi dia tidak fokus pada siaran yang di tontonmya. Fikirannya teringat akan Ain yang sudah pulang ke kampung kerana cuti semester. Kadang dia tersenyum teringat kenangan dia bersama Ain. Ain seorang gadis yang sangat lembut dan manja. Yang boleh mencairkan hati mana2 lelaki. Ain juga sangat dikenali di kolejnya. Tetapi dia yang berjaya memiliki hati Ain.
“Jauh termenung”, Khaliff tersedar dari lamunan selepas di tegur oleh ibunya.
“Ummi. Takdelah. Teringat bakal menantu Ummi je”, sambil tersenyum.
“Bila nak bawa dia jumpa Ummi. Teringin Ummi. Dengar kata cantik”, Kata Ummi Leha. Dia berasa lega kerana anaknya itu sudah tidak bercakap tentang mimpinya.
“Nantilah Ummi. Dia tak sedia lagi. Khaliff dah ajak dah”, Kata Khaliff sambil tersenyum malu.
Ummi Leha hanya tersenyum melihat anaknya itu.
Ain termenung di beranda hadapan rumahnya. Dia teringat akan Khaliff. Hatinya sangat merindui lelaki itu. Kali terakhir dia mendapat panggilan telefon dari Khaliff seminggu lepas. Berbagai cerita mereka bualkan. Setelah itu senyap tanpa sebarang berita. Ain pernah cuba untuk menelefon tetapi gagal. Hatinya semakin risau. Dari jauh ayahnya melihat Ain yang termenung itu.
“Ain termenung apa tu”, Kata Pak leman kepadanya anaknya
“Ayah. Tak ada apalah. Rindu pula kat kawan2 kolej”, Jawab Ain. Padahal dia sedang merindui jejaka idamannya itu.
“Ayah dengar Ain ada kekasih kat kolej”, Kata ayahnya itu membuat Ain terkejut. Bagaimana Ayanhnya boleh mengetahui. Padahal dia tidak pernah cerita pada sesiapa pun termasuk ibunya.
“Mana ada ayah. Ayah ni pandai2 je”, Ain cuba menafikannya.
“Ayah dengar kamu telefon dia hari tu. Ayah bukan tak bagi Ain bercinta tapi Ain kena ingat Ain datang kolej untuk belajar. Ayah tak nak kerana cinta Ain hilang fokus untul belajar”, nasihat Ayahnya.
Ain hanya memandang wajah ayahnya. Selepas itu dia tersenyum dia tahu niat ayahnya baik. Dia adalah anak sulung dalam keluarga itu. Oleh itu dia sedar tanggungjawab dia sangat besar. Dia juga perlu menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya. Sesekali wajah Khaliff terlintas di fikiran Ain.
Ayahnya yang melihat dia seperti memikirkan sesuatu hanya mampu terdiam. Ain adalah anak yang baik. Tak pernah sekali pun Ain menyakiti hatinya. Dia sangat bersyukur dikurniakan anak yang baik seperti Ain.
Ain agak berat untuk pulang semula ke kolej. Dia melihat satu-satu wajah keluarganya sebelum masuk ke dalam kereta.
“Ain pergi dulu ya mak”, kata Ain sambil bersalam dan mengucup tangan ibunya.
Ibunya memeluk dan mencium anak kesayangannya itu. Sukar baginya melepaskan anak sulongnya itu untuk berjauhan dengannya. Tetapi untuk masa depan Ain dia redha dia selalu mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.
Ain terus menaiki kereta ayahnya. Dia sempat melambai kepada keluarnya itu. Sampai sahaja dia perhentian bas Ain menyalam ayahnya. Ayahnya sempat menasihati Ain supaya sentiasa menjaga tingkahnya di tempat orang,
“Maafkan Ain ya Ayah. Ain tak dapat cuti lama”, Ain yang sepatutnya cuti selama sebulan terpaksa pulang awal ke kolej kerana banyak aktiviti yang di anjurkan pihak kolej untuk pelajar. Kerana itu dia terpaksa pulang awal ke kolej.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan