Khamis, 26 September 2019

LEPASKAN ( CERPEN )











“Apa yang kau fikir ha? Aku lama dah bersabar dengan perangai kau!”, Herdik Zaki pada Amira yang sedang menahan airmata. Zaki terus beredar dari situ.
Zaki menghempaskan badannya pada sofa di rumahnya dia mengeluh panjang.

Kalau takde duit tu kerja lah. Jangan mengharap duit perempuan”, Kata zakwan yang dri tadi memerhati tingkah Zaki.

“Kau diamlah, kau buat hal kau je. Jangan sibuk hal aku”, Marah zaki. Dia bangun dan terus berjalan ke biliknya. Zakwan hanya mampu menggelengkan kepalanya.
.
Amira menangis di atas katilnya dia berasa kecewa dengan sikap Zaki yang tak pernah berubah. Zaki tak pernah lihat akan pengorbanan untuknya. Dia sanggup tinggalkan keluarga untuk bersama Zaki kerana dia yakin Zaki akan menjaganya.  Tetapi semuanya berubah sejak Zaki mengambil barang terlarang itu. Tetapi cintanya tak pernah hilang dan dia berharap Zaki akan berubah.

“Amira, lama lagi ke nak nangis tu. Penat lah tengok drama”, Kata Fiza. Fiza adalah orang yang sering ada dikala susah senangnya.

“Ish. Kau ni.. sibuk je”, Jeling Amira. Dia juga hampir tersenyum melihat riak wajah sahabatnya itu. Fiza sering membuatnya tertawa dengan telatah manjanya itu.

“Apa kata kau tinggalkan je Zaki tu. Dia selalu sangat buat kau sedih sejak akhir2 ni. Ke kau nak aku cakap dengan dia”, Jelas Fiza.

“Aku sayangkan dia lagi. Kau tak tahu la Fiza. Dia baik aku tahu dia baik. Dia Cuma perlukan masa je”, balas Amira sambil memeluk lututnya.

Sampai bila. Kau tengok diri kau ni. Kadang sampai lebam muka kau kena pukul dengan dia. Kau nak tunggu sampai kau mati ke Amira. Aku sayangkan kau. Tolonglah faham”, Kata Fiza dia sudah hilang sabar dengan perangai Amira yang terlalu buta kerana cinta.

Kalau mati pun aku sanggup. Aku harap kalau aku mati nanti dia boleh berubah”, Jelas Mira. Fiza memrenung tajam wajah sayu Amira.

“Kau ni dah gila lah Mira. Suka hati kau lah. Malas aku nak nasihat orang macam kau ni. Buang masa”, Balas Fiza dengan geram.
.
“Ni je duit yang saya ada. Awak boleh tak berhenti ambil benda tu. Saya dah tak sanggup lah tengok awak macam ni.”, Kata Amira pada Zaki.

“ Macam ni lah awek Zaki. Kau dah kenapa. Dah tak tahan dengan aku kau blah. Aku tau kau takkan pergi punya, sebab kau sayangkan aku kan”, Balas Zaki sambil tersenyum sinis lalu dia terus pergi meninggalkan Amira yang terkaku sendiri di situ. Sekali lagi airmatanya mengalir. Mungkin ini balasan dia derhaka pada Ayah dan ibunya.

Kalau kau keluar aku takkan benarkan kau jejak lagi kat rumah ni. Aku sumpah kau takkan bahagia dengan lelaki tu”, sumpah ayahnya masih terngiang-ngiang di fikirannya.  Dia menyesal dengan perbuatannya itu

. . .




Zakwan berjalan menuju ke wad kecemasan setelah mendapat panggilan dari hospital. Dia berasa berdebar apabila dia mendapat tahu yang Amira di jumpai terbaring di satu lorong berhampiran rumahnya.

Awak cari siapa ye”, Soal seorang jururawat yang dari tadi mundar mandir di hadapan kaunter kecemasan.

“Ada tak pesakit yang namanya Amira Hamid masuk sini malam tadi”, Balas Zakwan.

“Oh. Dia dah masuk wad biasa pagi tadi. Lama kami tunggu waris dia datang”, Jelas jururawat itu.

Zakwan mengangguk dan terus berjalan menuju ke wad perempuan. Apabila dia masuk. Dia terekejut melihat keadaan Amira yang penuh bengkak di muka akibat di pukul. Sayu dia melihat keadaan Mira ketika itu. Dia terus menelefon Fiza untuk memberitahu keadaan amira.
.
“Kau bangun sekarang!”, Zakwan menarik kolar baju  Zaki yang sedang nyenyak tidur.

“Kau dah kenapa!”, Kata Zaki .

“Amira tengah sakit-sakit kat hospital kau lena tidur kan. Lelaki jenis apa kau ni. Hospital telefon kau banyak kali.

“Tak mampus lagi perempuan tu. Aku ingat dah mampus”, Kata Zaki sambil tertawa. Zakwan terkejut lalu dia menumbuk muka Zaki yang masih lagi tersengih.

“Kau memang tak guna!”, Zakwan terus mengambil kunci motornya untuk pergi ke tempat kerja.

........


Beberapa hari kemudian Zakwan bersiap untuk melawat Amira yang masih lagi di hospital. Tiba-tiba pintu rumahnya di ketuk. Dia terus meluru ke arah pintu dan alangkah terkejutnya dia melihat Amira di depan rumahnya.

“Eh ? Amira bukan kau kat hospital lagi ke?”, soal Zakwan yang masih kehairanan.

Zakwan2, Apa kau merepek ni. Aku dah ok lah. Buat apa lama-lama kat hospital tu.”, balas Amira sambil tersenyum. Tiada kesan lebam atau luka di wajahnya membuatkam Zakwan bertambah hairan.

“Mana Zaki, rindu aku kat dia. Langsung dia tak melawat aku kan. Padahal dia tahu aku masuk situ”, Jelas Zakwan yang makin bertambah hairan.

Apa maksud kau, siapa yang pukul kau haritu dan macam mana kau boleh elok macam ni?” bermacam soalan ditanya.

“Zaki lah yang pukul aku sebab aku tak bagi dia duit. Aku nak dia berubah”, jawab Amira. Zakwan bertambah hairan. Cara Amira berkata seperti tiada apa yang berlaku.

Kenapa yer kau masih stay dengan dia padahal kau tau dia selalu pukul kau”, soal Zakwan.

“Kau takkan faham Zakwan. Aku sayangkan dia. Sayang sangat, sebelum ni dia tak macam tu tau. Dia baik sangat. Selalu faham aku. Sejak aku tinggalkan mak ayah aku dia selalu nasihatkan supaya aku balik semula kat mak ayah aku. Mungkin ni cara dia nak buat aku benci dia kot”, Jelas Mira. Zakwan hanya tersenyum kelat.

“Tapi kenapa kau masih stay mira”, Soal Zakwan lagi.

“Sebab aku sayang dia, Mak ayah aku tak pernah layan aku macam mana dia layan aku. Jaga aku. Mak ayah aku lebihkan adik beradik aku yang lagi pandai dari aku, habis aku ni apa. Anak tiri ke”, jelas Amira lagi. Airmata dia mula membasahi pipi. Zakwan hanya terdiam mendengar luahan Amira.

“Kau dahaga tak, aku boleh ambilkan air”, Kata Zakwan dia memang lemah melihat wanita menangis.

“Sebelum aku pergi, aku nak kau tolong aku Wan. Tolong hantar Zaki kat pusat serenti. Aku nak dia berubah. Aku nak sangat dia berubah. Aku tau dia baik.”, pinta Amira.

“Kau nak pergi mana?”, Soal Zakwan hairan.

“Kau pergi je lah ambil air, haus aku ni datang dari jauh”, Kata Amira sambil tersenyum.

Zakwan hanya mengangguk dan masih berasa hairan. Melihat wajah Amira yang masih dalam keadaan sedih itu. Zakwan bangun dan terus beredar ke dapur. Apabila dia balik semula ke ruang tamu dia lihat zaki yang terbaring pada sofa di ruang tamu itu. Zakwan bertambah hairan.

“Zaki, mana Amira tadi”, Soal Zakwan.

“Mana aku tahu, tadi masa aku masuk tak ada orang pon. Kau merepek apa, dengan pintu terbuka”, balas Zaki.

“Eh, tadi ada Amira kat sini, dia tunggu kau. Sumpah”, Zakwan cuba menyakinkan Zaki.

“Kau ni dah jatuh cinta kat awek aku ke? Angau semacam”, Kata Zaki sambil tertawa.

ZakwaN Terus mencapai kunci motornya dan terus beredar untuk ke hospital.

Sampai sahaja di hospital Zakwan terus meluru masuk wad Amira. Dia terkejut katil yang Amira di tempatkan sebelum kosong dan telah dibersihkan. Zakwan terus berjumpa dengn jururawat untuk bertanya.

Kak, mana eh pesakit yang duduk kat katil tu. Amira namanya.”, Soal Zakwan terburu-buru.

“Dia dah meninggal pagi tadi, waris dia dah ambil”, balas Jururawat itu. Zakwan terkaku. Habis dengan siapa dia berbual tadi. Dia terus mengeluarkan telefon untuk menelefon Fiza. Tetapi talian terputus.

Zakwan pulang ke rumah dia lihat Zaki sedang mengambil barang terlarang itu lagi. Dia terus mencengkam kolar baju Zaki.

Awek kau dah mati, kau boleh ambil lagi benda ni kan Zaki. Kenapa tak kau je mati”, Jerit Zakwan.

“Dah mati ke. Baguslah tak ada lah beban kat otak aku ni membela anak derhaka tu”, Kata Zaki sambil tersenyum. Dia sedang dalam keadaan khayal. Kerana itu lah dia tidak sedar apa yang dikatamya sendiri. Zakwan hanya mampu menahan marah dan geram dengan sahabatnya itu.

Beberapa hari kemudian polis datang ke rumah Zakwan untuk menangkap Zaki kerana disyaki memukul Amira sehingga meragut nyawanya.
“Aku dengan arwah amira nak kau berubah”, Kata Zakwan sambil tersenyum. Zaki membalas senyuman Zakwan.

Terima kasih”, kata Zaki. Dia terus berjalan diiringi polis yang menggarinya.

Walaupun sedih sahabat baiknya ditahan polis. Zakwan gembira kerana dia dapat menunaikan permintaan Amira selepas dia pergi