“Wey Khaliff. Lepasni kau pergi mana. lepak jom”, Tanya Zaki kepada Khaliff yang sedang mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah.
“Balik lah. Apa lagi. Dah malam ni kan, lagi pun esok pagi ada kelas lagi”, jawab Khaliff.
“Alahh. Tak remaja lah macam ni. Eh, Khaliff tengahari tadi aku nampak kau dengan heroin pujaan kita orang kat cafe. Kau ada apa2 ke dengan dia”, Khaliff terus memandang muka Zaki.
“ada apa2, apa. Aku duduk semeja je dengan dia, kan cafe penuh semalam. Kebetulan dia sorang. Aku duduk je lah”, jelas Khaliff dia tidak mahu rakannya itu berfikir lain. Dia seorang lelaki yang tidak melayan perempuan.
“ye lah tu Khaliff. Ingat dia tu heroin kita orang tau. Kalau kau betul suka dia jangan sakit kan hati dia”, Zaki terus meninggalkan Khaliff yang terkedu seorang di situ.
“Ain jom balik”, Ajak Sarah rakan sekelas Ain. Ain yang nampak agak kelam kabut mengemas barangnya di meja itu mengkhairankan Sarah.
“Kau dah kenapa Ain. Kelam kabut semacam je”,
“Korang balik lah dulu. Aku dah taktahan ni dah kat hujung2 . Aku nak pergi tandas”, Ain segera meninggalkan rakannya. Sarah dan Mimi tertawa melihat Ain yang menahan kencing dari tadi.
“Berani betul Ain tu kan Mi, malam2 macam ni pergi tandas”, kata Sarah.
Mereka terpaksa belajar sehingga larut malam di perpustakaan kolejnya kerana mereka diberi tahu yang esok mereka ada kuiz yang akan diberikan pensyarahnya.
Hanya bunyi titisan Air yang rosak paipnya kedengaran di tandas itu. Ain masih melepaskan hajatnya yang ditahan dari tadi kerana malas hendak berjalan ke tandas. Perlahan-lahan Ain keluar dari tandas itu. Dia terus ke tempat membasuh tangan. Dia berasa lega kerana sempat membuang air kecil di tempat yang sepatutnya. Dia membetulkan baju kurungnya itu.
Sewaktu dia mahu keluar, dia terlihat satu lembaga bertenggek di atas singki bersebelahannya.
“Apa pula tu. Mak tolong Ain”, kaki nya bagai terkunci.
Kerana sudah tidak tahan takut . Ain berlari dan menjerit meminta tolong. Tiba-tiba Ain terlanggar seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ oleh kerana terlalu takut dia terus pengsan tidak sedarkan diri.
Ain cuba membuka matanya yang terasa berat itu. Badannya terasa sejuk. Dia lihat Sarah dan Mimi di sebelahnya.
“Ain kau ok ke”, Mimi terus membantu Ain untuk duduk.
“Aku kat mana ni”, tanya Ain.
“Kau kat bilik kau lah. Semalam kau pengsan dekat kolej”, jawab Sarah. Dia memegang dahi Ain.
“Kau demam ni Ain. Kau tak payah ke kelas lah hari ini”, kata Sarah,
“Macam mana aku boleh ada kat bilik ni, siapa bawak aku balik ni”, Ain bertanya lagi.
“ada abang senior. Apa namanya. Khaliff tak silap aku.”, Jawab Mimi. Ain tekejut. Khaliff? di hati bagaimana Khaliff ada di situ pada malam itu. Tetapi dia harus berjumpa dengan Khaliff untuk berterima kasih kerana menolongnya.
“Macam mana kau boleh pengsan semalam Ain. Kau ada nampak apa2 ke”, tanya Sarah. Dia ingin tahu apa benda yang Ain lihat sehingga pengsan dan demam panas.
“Tak ada apa lah. Aku penat sangat kot tu yang pengsan. Aku kena pergi kelas hari ini. Ada kuiz kan”,
Ain cuba menggerakkan badannya. Badannya terasa sakit mungkin kerana berlari pecut tanpa memanaskan badan dahulu semalam. Mana sempat dia mahu memanaskan badan. Lembaga di hadapannya itu cukup mengerikan yang membuatkan wanita lembut sepertinya berlari mungkin boleh mengalahkan usain bolt. Pelari pecut no 1 dunia itu.
“Tak payah lah. Nanti kau pengsan lagi. Nanti aku cakap lah dengan Puan Lina kau tak sihat”, Sarah masih berkeras.
“Tak boleh. Aku kena juga pergi kelas hari ini”, Ain masih berdegil. Oleh kerana Ain berdegil dan membuat muka yang agak comel di situ Sarah dan Mimi mengalah. Dia membantu Ain untuk bangun dan bersiap.

