Ahad, 15 Januari 2017
Seindah Mimpi Khaliff (cerpen rekaan suka suki)
Part 1 Pertemuan Pertama
Ain melajukan langkahnya ke tempat pendaftaran masuk di sebuah kolej. Dari jauh dia lihat kawasan pendaftaran sudah lengang kerana dia sudah terlambat dari masa yang sepatutnya. Dia berasa bengang dengan teksi yang dinaiki untuk ke kolej rosak di tepi jalan. Ain seorang gadis yang sangat lemah lembut dan penyabar oleh itu dia hanya tersenyum kepada pemandu teksi itu. Sudah lah menyusahkannya tetapi dengan senyuman miang yang agak menggelikan Ain. Ain terpaksa menunggu rakan pemandu teksi itu sampai untuk menghantarnya ke kolej itu kerana dia tidak berapa tahu tentang kawasan di situ.
Mata Ain melilau melihat sekeliling. Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Ain melihat seorang lelaki yang sedang duduk di situ dan dia menghampiri.
“Abang, saya nak tanya sikit boleh”, lelaki itu memandangnya.
“Aduh, handsome pula abang senior ni”, bisik Ain di dalam hati. Lama dia memandang wajah lelaki itu. Lelaki yang bertubuh agak sasa, rupa seperti hero hindustan sudah cukup mencairkan hatinya.
“Hey budak, kau nak tanya apa”, Ain tersedar dari lamunan setelah berulang kali lelaki itu memanggilnya.
“Saya Ain bang, bukan budak”, Ain cuba memperkenalkan dirinya. Setelah lelaki itu memanggilnya budak.
“tak kisah lah kau Ain ke budak ke badak ke. Kau nak tanya apa tadi”, Kata lelaki itu. Ain yang dari tadi tak terlepas dari senyuman melihat hero hindustannya terus ketat.
“Berlagaknya jantan ni”, kata Ain sendiri.
“Kau cakap apa tadi”, Ain terkejut, dia sangka dia cakap perlahan rupanya didengari oleh Lelaki itu.
“Saya nak tanya pejabat pendaftaran masuk kat mana ya”, Ain cuba menukar topik.
Lelaki itu hanya menggunakan bahasa isyarat menunjuk kearah pejabat pendaftaran itu.
“Tetiba bisu pulak ke”, Kata Ain sendiri. Dia terus menuju ke arah yang ditunjuk oleh Khaliff. Ya lelaki itu bernama Khalif. Ain sempat melihat tag nama yang dipakai Khaliff sebelum dia beredar.
“Bukan nak terima kasih, ape lah budak ni”, Khaliff hanya menggelengkan kepalanya.
Part 2. Permulaan perkenalan.
Masuk hari ini sudah 3 bulan Ain belajar di kolej itu. Pelbagai cabaran baru dilaluinya. Terkadang dia rasa seperti ingin berhenti belajar. Tetapi mengenangkan harapan ibu dan ayahnya untuk melihat dia berjaya di menara gading. Dia mematikan niatnya itu.
Di cafre Ain memerhatikan dua orang pelajar yang sedang bermanja mesra.
“Datang kolej nak belajar ke nak bercinta”, kata Ain Sendiri. Dia tidak tahu sama ada dia cemburu atau memang dia tidak suka orang bemesra sebegitu.
“Ada orang tak kat sini”, Ain terkejut apabila di sapa oleh seorang lelaki. Dia memandang bulat matanya bila melihat abang senior yang menunjukkan jalan ke pejabat pendaftaran tempoh hari di hadpannya.
“Hai hero pujaan ku”, sapa Ain. Khaliff agak kehairanan,
“Apa awak cakap?”,
“Eh, tak ada apa2, duduk lah sini, saya sorang je”, balas Ain sambil melarikan pandangannya ke arah lain, Khaliff di sebelahnya hanya tersenyum sambil menjamah makanan yang dibeli.
“Awak tak ada kelas ke”, Khaliff memulakan perbualan.
“Ada, tapi cancel pula”, jelas Ain.
“Oh,, jadi awak duduk luar ke hostel”,
“Saya duduk hostel. Nama abang apa ye”, tanya Ain. Padahal dia sudah tahu nama lelaki di hadapannya itu. Sengaja dia bertanya lagi,
“Nama saya Khaliff Izham. Awak boleh panggil Khaliff je. Tak payah lah berabang2 ni rasanya kita tak jauh beza pun”, jelas Khaliff sambil tersenyum. Bertambah cair hati Ain melihat senyuman itu.
“Saya Ain. Pelajar jurusan perniaagan. Awak?”,
“saya tahu nama awak. Hari tu kan awak dah kenalkan diri. Saya pelajar multimedia”, jawab Khaliff,
Ain berasa bengang. Dia cuma ingin mengenalkan diri sekali lagi atau sebenarnya dia lupa sudah mengenalkan diri hari itu.
“Patutlah budak2 kelas saya suka cerita pasal awak. Awak ni lembut orangnya. Diorang selalu cakap pasal awak. Katanya awak ni perempuan Melayu terakhir. Sebab suka pakai baju kurung. Tapi saya rasa biasa je kan.”, jelas Khaliff.
Ain tersenyum. Rasa menjengkelkan pon ada. Tetapi dia terasa bahagia di puji oleh hero hindustannya. Dia tidak sangka ada juga orang bercerita tentangnya.
Bersambung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan