Selasa, 21 April 2020

SIKSA :

Halusinasi berbisik di kepala,
Kau mengiya membiarkanya,
Hadirmu membawa bencana,
Terdiam si mangsa hanya mampu berdoa,
Egomu mengawal segala isi hati,
Kau tersenyum di dalam ilusi,
Fikiranmu penuh dengan emosi,
Di hentak sang peminta simpati,
Di minta henti dari di keji,
Menggigil tangan memohon berhenti,
Kau terus dengan ego penuh benci,
Lupa tentang janji kerana amarah,
Lupa tentang cinta dan terus hilang arah,
Bahagia yang dulu kau cipta,
Kau juga yang menghancurkannya,
Tak mahu melepaskan membiar tersiksa,
Si mangsa merela tak mampu bersuara.



BANGUN

Halus kata berbisik di sanubari,
Menarik lengan kekuatan,
Hampir terjatuh kesakitan,
Di tarik pula kaki yang sedang menahan,
Terjatuh terduduk dalam kelemahan,
Cuba mencari kekuatan untuk berdiri,
Di tarik pula kepala yang mencari,
Hati masih cuba bertahan,
Tapi jiwa pula hilang di curi,
Hanyut,
Hancur,
Hampa,
Lemah tak terdaya,
Tiada siapa yang menyambut,
Tiada siapa yang mengapai,
Lemas dalam lautan fikiran,
Bagaimana mahu bangkit,
Bagaimana hilang sakit,
Siapa di dalam?
Siapa berlawan?
Aku cuma diam,
Siapa di dalam?
Bantu aku untuk bangkit,
Tolong aku untuk bangun,

Sabtu, 18 April 2020

AGUNG : PUISI


Berkarya tanpa sedar kata,
Menyakiti jiwa seperti tidak punya rasa,
Ramai penyokong tersenyum ketawa,
Berpeluk tubuh si mangsa tidak berdaya.
Yang terasa mampu berdiam,
Yang bersuara pasti di hentam,
Apa yang boleh cuma memendam,
Di benci di hina dahulu manusia celaka,
Tak merasa hanya tahu melepas amarah,
Tak cukup di hentam,
Di henyak pula perasaan si peminta bela,

Mana pergi nilai manusia mu,
Berkarya untuk mencari nama,
Berkarya hanya untuk berkata nista,
Mana pergi hati nurani mu,
Merobek hati si mangsa yang lemah,
Menangis merintih mohon tak terdaya,
Kau tersenyum bangga dengan jayamu,
Mana pergi seni indah mu,
Seni indah buat manusia merendah,
Buat manusia bahagia,
Buat manusia bangga,
Dengan hidup nafas yang masih ada,

Cukuplah,
Sudahlah
Guna nilai manusia mu ke arah sedar,
Guna karya agungmu ke arah bahagia,
Membuat manusia merasa indah,
Mendengar akan irama diciptamu.