Selasa, 21 April 2020

SIKSA :

Halusinasi berbisik di kepala,
Kau mengiya membiarkanya,
Hadirmu membawa bencana,
Terdiam si mangsa hanya mampu berdoa,
Egomu mengawal segala isi hati,
Kau tersenyum di dalam ilusi,
Fikiranmu penuh dengan emosi,
Di hentak sang peminta simpati,
Di minta henti dari di keji,
Menggigil tangan memohon berhenti,
Kau terus dengan ego penuh benci,
Lupa tentang janji kerana amarah,
Lupa tentang cinta dan terus hilang arah,
Bahagia yang dulu kau cipta,
Kau juga yang menghancurkannya,
Tak mahu melepaskan membiar tersiksa,
Si mangsa merela tak mampu bersuara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan