Ahad, 24 September 2017

Masih Terluka (Cerpen)

"Ain!!", Fikri memanggil Ain yang sedang termenung di tepi pantai berdekatan rumahnya. Ain memandang dan tersenyum.

"Ye. Kenapa cik Fikri", tanya Ain sambil menjeling.

"Kau marah aku lagi ke", Jawab Fikri.

Dia tahu Ain masih marah padanya kerana memalukan di khalayak ramai.

"Kau ingat kau lawa ke. Muka dah lah tak seberapa. Berlagak lebih. Kau ingat aku suka sangat ke kat kau", kata Fikri.
Kata-kata itu telah merobek hatinya teramat dalam. Hanya kerana Ain jarang melayannya dia memarahi Ain di sebuah kedai makan yang dipenuhi orang. Ain hanya mampu menahan airmata. Sanggup tunangnya memalukannya di khalayak ramai

"Dah lah Fikri. Aku rasa hubungan aku dengan kau sampai sini je. Kau pergi lah cari perempuan yang tahan dengan perangai kau ni", kata Ain dia cuba menahan airmatanya.



Dia sudah cuba bertahan tetapi kali ini dia sudah penat. Selalu sahaja dia mengalah dengan perangai Fikri yang agak kedekut dan panas baran. Pernah sekali Ain di tampar tetapi dia hanya berdiam dan bersabar kerana sayangkan hubungan mereka yang sudah hampir dua tahun itu. Dia tidak mahu memalukan keluarga Fikri kerana keluarga Fikri sangat baik padanya.

"Tapi aku sayang pertunangan kita ni", kata Fikri.

"Sayang kau kata. Kau tu tak pernah berubah Fikri. Aku bertahan selama ini sebab aku sayang kan kau. Tapi kau,." Ain mengesat airmatanya.

"Ain tolonglah", Rayu Fikri.

"Dah lah Fikri. Cukup sampai sini hubungan kita. Dulu kau kata kau dah berhenti ambil benda tu. Tapi aku nampak dengan mata aku sendiri kau masih ambil benda tu. Aku masih sabar. Kau tampar aku masa aku tak bagi kau duit untuk beli benda tu. Sekarang kau malukan aku. Cukup lah Fikri", kata Ain.



Dia mencabut cincin di tangannya dan memberi cincin itu ke tangan Fikri lalu dia beredar dari situ. Fikri hanya terdiam, dia tahu banyak kesalahannya pada Ain yang selalu sahaja bertahan dengannya.

Ain di tenangkan ibunya, hanyalah ibunya tempat dia mengaduh rasa kecewanya. Dia tahu ibunya juga kecewa dengan berakhirnya pertunangan mereka yang hampir ke peringkat seterusnya.

Sudah hampir setahun setelah mereka berpisah. Ain langsung tidak bertemu dengan Fikri. Semasa dia memberikan cincin kepada Fikri, itulah kali terakhir dia bertemu. Walaupun Fikri sering menganggunya dia tetap dengan pendiriannya kerana hatinya sudah tawar dan berat untuk menerima Fikri kembali.

"Ain malam ni macam biasa ok. Aku ambil kau", kata Salwa rakan karib Ain. Salwa sering mengajak Ain keluar untuk bergembira. Dia tahu hati rakannya itu masih sakit.
"Jangan lambat ok. Aku tunggu", kata Ain
"Yerr. Aku tahu lah", balas Salwa lalu mematikan perbualan mereka.

Setelah Salwa tiba. Ain terus meluru masuk kedalam kereta Salwa sambil tersenyum.

"So kita nak pergi mana, malam2 ni", tanya Ain.
"Kita pergi karaoke open", kata Salwa.

"Pergi sana nak buat apa, kedai lain tak ada ke", kata Ain.
"Kau tau. Semalam Adli kata, kalau kau berani menyanyi kat situ dia open table. Dia belanja semua kawan2 kita. So kita orang berharap kat kau la", kata Salwa sambil tersengih.

"Malas lah aku", Ain mengeluh.

"Tolonglah Ain. Bila lagi kita nak pau Adli", kata Salwa. Ain hanya berdiam. Salwa memang pantang kalau orang cakap belanja, laju sahaja dia bersetuju walaupun tanpa pengetahuan Ain.

Ain menyanyikan lagu baru dari sebuah kumpulan. Semua tergamam dan menepuk tangan kerana kemerduan suara Ain yang sangat merdu itu. Nyanyiannya seperti mengambarkan hatinya yang sedang sedih itu. Adli memandang wajah Ain yang sedang menyanyi, dia tersenyum sendiri.


"Sedap suara awak Ain", puji Adli yang duduk bersebelahan Ain, rakannya yang lain sedang sibuk memilih lagu dan ada juga yang berbual.

"Eh, biasa je lah",  kata Ain.

"Guys. Di sebabkan Ain menyanyi sedap sangat tadi. Aku belanja korang semua makan. Amacam", kata Adli kepada rakan-rakannya.

"Cantik bos", kata salah seorang rakannya.





Pada hujung minggu Ain hanya menghabiskan masanya dirumah. Dia berbaring di sofa sambil melihat telefon bimbit.  Beberapa minit kemudian ada satu panggilan masuk.

"Assalamualaikum", Ain memberi salam.

"Waalaikumsalam, Ain", jawab Adli.

"Ni siapa yer", tanya Ain.

"Ni Adli lah, Ain busy ke tu", jawab Adli. Ain mngerut kan dahinya. Dia hairan mengapa Adli menelefonnya.

"Tak pun, hari ini kan cuti jadi saya duduk rumah je lah", jawab Ain.

"Saya ambil awak, kita keluar jalan2 ke", kata Adli.

Ain mengangguk beberapa saat kemudian dia menepuk dahinya. Dia terlupa yang dia sedang berbual di dalam telefon.

"Ok. Nanti awak dah sampai awak call ok", jawab Ain. Dia terus berlari ke bilik untuk bersiap.



Di dalam kereta Ain hanya berdiam, dia tidak tahu mahu berbual apa. Dia hairan dengan Adli, dia sudah lama mengenali Adli tetapi baru2 ini Adli sering mengunakan Awak  saya untuk berbual dengannya sedangkan sebelum ini hanya ber aku engkau. Layanan Adli padanya juga berubah. Kalau dahulu mereka sering bertumbuk jika bergurau. Kini Adli melayannya seperti seorang wanita.

"Adli saya nak tanya sikit boleh", tanya Ain. Mereka duduk di sebuah warung di tepi pantai.

"Apa dia", balas Adli.

"Kenapa awak layan saya lain eh sekarang", tanya Ain. Adli tersenyum dia tahu pasti Ain ingin mngetahui. Sudah lama dia menunggu soalan itu dari Ain.

"Sebab saya suka kan awak", kata Adli. Ain terpaku, dia melihat wajah Adli.

"Saya dah lama suka awak Ain. Sejak awak dengan Fikri lagi. Saya kesiankan awak, Fikri selalu sakitkan hati awak. Tapi awak masih setia dengan dia. Saya tahu sampai sekarang awak masih tunggu dia...", belum sempat Adli menghabiskan kata2 Ain memotong.

"Tak, saya tak tunggu dia", kata Ain.

"Yer Ain. Lagu yang awak nyanyi hari itu saya tahu untuk dia", kata Adli. Ain terbayangkan semula wajah Fikri, dia sangat merindui lelaki itu. Lelaki yang pernah membuat dia tersenyum, dan juga menangis.

"Saya tahu awak jadi keras hati macam ni. Sebab awak nak nampak awak kuat kan", kata Adli.

"Dah lah Adli, kalau kita keluar awak nak cakap pasal ni. Baik awak hantar saya balik", kata Ain. Dia terus bangun dari kerusinya.

"Saya nak jadi pengganti dia, Ain. Saya nak bahagiakan awak. Saya janji", kata Adli.

"Takpelah Adli, awak simpan je lah janji awak tu. Hati saya ni masih sakit. Masih susah saya nak terima mana2 lelaki. Dari dulu saya mudah percayakan kata2 manis lelaki. Tapi sekarang saya nak bersendirian je. Cukup lah kenangan pahit dan perit dulu saya rasakan", kata Ain. Dia terus meninggalkan Adli yang bersendirian di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan