Haris mengemas bukunya yang berselerak di atas meja selepas di ganggu beberapa rakan kelas yang lain. Dia berasa bengang tetapi apa yang boleh di buat hanya mendiamkan diri. Dia sering di buli rakan yang lain kerana dia seorang pelajar yang sangat pendiam.
“Weyh, Haris. Kau rajin kan, ni kau siapkan homework aku. Tak siap besok aku tumbuk muka kau”, kata Zaki pelajar yang sangat nakal di kelasnya. Haris hanya mengangguk tanda setuju walaupun dia seperti mahu menumbuk muka Zaki yang pemalas itu.
Dia sering di suruh dan di jadikan bahan meniru oleh rakan2 kelasnya. Jika dia tidak bagi habislah dia di belasah dan di ganggu mentalnya dengan bahasa-bahasa yang agak kesat. Dia bukan sahaja di buli rakan lelaki malah perempuan juga seriing membulinya.
Haris membaca beberapa helai helaian buku yang akan di ajar oleh gurunya selepas waktu rehat. Hanya dia seorang di dalam kelas kerana kebanyakkan pelajar akan ke kantin untuk makan, dia jarang ke kantin oleh kerana wangnya habis di ambil oleh Zaki dan kawan2nya.
“Hi Haris, kau boleh tolong aku tak”, kata Nina yang duduk di sebelah Haris.
“Tolong apa”, Soal Haris. Dia agak hairan.
“Kau simpan barang ni baik2. Kalau kantoi kau ganti balik”, Nina memasukkan sekotak rokok di dalam bag Haris lalu dia beredar dari situ. Haris agak ketakutan. Takut akan ada spotcek hari itu. Dia melihat berulang kali beg yang diisi sekotak rokok itu.
Sebelum pulang beberapa orang pengawas masuk untuk melakukan spotcek. Tangan Haris menggigil sewaktu memberikan beg kepada pengawas itu.
“Rokok?”, kata pengawas itu. Beberapa orang pelajar memandangnya dan bercakap sesama sendiri.
“Tapi tu bukan saya punya. Ada orang suruh simpankan”, jawab Haris.
“Bukan kau punya. Tapi dalam beg kau, sekarang ni kau nak fitnah orang lain pula”, kata pengawas itu. Haris hanya tertunduk malu.
Keesokkan harinya teruk Haris di belasah Nina dan beberapa orang rakannya. Tidak kurang juga Zaki yang mengejeknya. Kepalanya semakin hari semakin tertekan sehingga sampai satu tahap dia mahu terjun dari tingkat rumahnya yang berada di tingkat 6 sebuah kondo.
“Aku dah cakap. Kalau kantoi kau ganti. Kau simpan lah mana2, yang kau biar je dalam beg kenapa”, kata Nina sambil seorang pelajar lelaki menumbuk perut Haris.
“Kalau macam tu. Kenapa kau tak simpan sendiri”,jawab Haris yang membuatkan Nina agak bengang.
“Kau menjawab.”, Nina dan rakannya terus memukul Haris tanpa perasaan. Haris terus terbaring lemah menahan sakit.
Haris semakin tertekan, ramai pelajar telah memandang serong kepadanya. Guru-guru juga tidak menyangka yang Haris membawa rokok ke sekolah. Haris menjadi semakin pendiam, dia tidak dapat fokus pada pelajaran yang di ajar oleh gurunya kerana dia merasakan ada orang yang membisik padanya tentang pandangan rakannya yang memandang serong kepadanya. Dia juga takut mengadu kepada ibu dan gurunya kerana telah diugut.
“Weyh Haris, kau dengar tak aku panggil”, Haris tersentak dari lamunan apabila di tegur orang Zaki.
“Kau ni, muka je baik. Depan cikgu macam malaikat, belakang cikgu sebenarnya syaitan kan. Bawa rokok lepas tu tak mengaku. Patut lah kau diam je. Tah2 dalam beg kau sekarang ni ada dadah juga agaknya”, kata Zaki. Pelajar yang lain hanya ketawa melihat Haris yang tertunduk malu itu. Haris mengenggam tangannya lalu dia terus berlari keluar dari kelas.
Haris menangis di dalam tandas, dia berasa sangat malu dengan kejadian itu. Sudahlah dia selalu dibuli dan diambil wangnya. Kali ini dia di fitnah, walaupun kecil tetapi tetap memalukannya sebagai seorang pelajar yang baik di sekolah.
“Kau hutang aku tau Haris, setiap hari kau kena bagi aku rm2. Sampai kau mati kau faham”, kata Nina sambil ketawa. Seorang pelajar lelaki terus menumbuk perutnya sehingga dia terduduk.
Haris memeluk tubuhnya dia atas katil. Pelbagai perkara difikirkan, dia masih tidak dapat melupakan apa yang dikatakan Zaki pagi tadi. Guru yang mengajarnya juga tidak melayannya seperti sebelum ini, dia juga memikirkan tentang Nina yang mahu duit belanjanya yang memang sudah Rm2 setiap hari. Dia semakin tertekan, kepalanya semakin beeserabut. Haris terus bangun dan cuba membunuh dirinya dengan menggantungkan diri di dalam bilik.
“Astagfirullahalazim. Haris!!”, jerit ibunya yang melihat Haris sedang tergantung di dalam bilik.
Beberapa hari kemudian Haris di hantar di hospital bahagia kerana dia sering bercakap seorang. Terkadang dia mengambil pisau untuk membunuh dirinya. Itu yang merisaukan ibunya. Oleh itu ibunya membuat keputusan untuk mengubati penyakit Haris yang semakin teruk itu. Dia masih mendiamkan diri dari masalahnya.
“Haris, kenapa kamu ketawa”, soal Dr Ain yang merawatnya.
“Haris saya tanya, kenapa awak ketawa”, Soal Dr Ain lagi, apabila dia melihat Haris yang masih ketawa sendiri itu.
“Kawan saya ni. Dia kata doktor nak buli saya macam budak sekolah tu buli. Saya ketawa lah sebab saya tengok doktor baik. Takkan buli saya”, jawab Haris sambil menunjukkan kerusi kosong di sebelahnya. Dr Ain hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
Hentikan buli, walau sekecil mana anda membuli akan menyebabkan mangsa buli itu tertekan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan