Selasa, 4 Julai 2017
Tandas (Cerpen)
"Mak, Hanis nak pergi tandas ni. Temankan", kata Hanis kepada ibunya. Memang sudah rutin Hanis pergi ke tandas pada setiap malam. Walaupun umurnya sudah mencecah 15 tahun dia tetap takut untuk ke tandas berseorangan. Ibunnya mengekori dan menunggu Hanis sehingga selesai membuang air kecil. Tiba2 Hanis terdengar satu suara seperti memanggilnya. Suara itu sayup2 kedengaran. Hanis segera keluar. Hanis lihat ibunya sedang tidur sambil berdiri. "Sudah", Tanya ibunya. Hanis hanya mengangguk.
.
Keesokkan pagi Hanis cerita pada ibunya. Tetapi ibunya hanya mengatakan dia terlalu banyak berfikir dan terlalu takut. Hanis tetap mengatakan yang dia memang dengar suara itu. Ibunya hanya menggangguk mengiyakan. Pada malam itu sekali lagi Hanis pergi ke tandas kali ini dia tidak mengejutkan ibunya. Dia memberanikan diri untuk ke tandas. Belum sampai di depan pintu Hanis terlihat satu lembaga hitam dengan wajah yang hodoh, hangus seperti dibakar di pintu bilik air itu Hanis terus berlari menjerit memanggil ibunya. Ibunya yang mendengar jeritan Hanis segera keluar dan terkejut melihat Hanis yang menjerit meracau2. Ayahnya segera memeluk Hanis yang diserang Histeria itu sambil membaca beberapa ayat suci al-Quran di telinga Hanis. Setelah beberapa minit kemudian Hanis tidak sedarkan diri. Pada keesokkan harinya Hanis terkena demam panas mungkin kerana terkejut. Hanis tidak lagi pergi ke tandas berseorangan pada malam hari. Sesekali dia terbayang wajah lembaga di pintu tandas itu. Sungguh mengerikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan