Selasa, 4 Julai 2017
Jiran (Saka Maksom) - Cerpen
Jiran.
.
Kedukk!!kedukk!! Mira mempercepatkan langkahnya apabila mendengar bunyi yang agak pelik di rumah jirannya. Dia terus mencari kunci rumahnya. Tiba2 pintu rumahnya terbuka. Mira terus menjerit.
"Kau dah kenapa Mira", kata Zakiah. "Cepat lah buka gate ni", kata mira dalam keadaan takut.
Selepas membuka pintu pagar rumahnya Mira terus meluru masuk kedalam bilik dan menguncikan pintu. Zakiah hanya memandang hairan. .
Keesokkan harinya. Zakiah bertanya kepada Mira mengapa dia gelabah seperti ternampak hantu.
"Kau kenapa semalam Mira", Tanya Zakiah sambil memasukkan keropok ikan di dalam mulutnya. "Aku dengar bunyi pelik kat rumah jiran kita ni", jawab Mira.
"Bunyi apa", tanya Zakiah ingin tahu.
"Bunyi pelik lah. Macam ada orang ketuk pintu rumah dia dari dalam", Jawab mira lagi.
"Kau tak rasa pelik ke Yah. Tiap malam aku balik mesti dengar. Tapi semalam lagi kuat tau. Mak som kan baru je lepas meninggal jadi rumah dia kosong lah", kata Mira.
"Tapi aku ada rasa juga sekarang ni", kata Zakiah
"Rasa apa yah", Soal mira. Bulu romanya tiba-tiba meremang.
"Aku rasa kau yang pelik", jawab Zakiah sambil tertawa.
Mira terus memukul badan Zakiah yang agak berisi itu. Zakiah terus menyambung tawanya.
Malam itu Mira pulang lewat lagi. Dia terus melajukan langkahnya apabila melalui depan rumah arwah Mak som. Kali ini dia tidak mendengar bunyi ketukan itu. Dia berasa lega. Dia terus membuka pintu pagar rumahnya. Tiba2 bulu romanya menegak.
"Alamak. Apahal pula ni apa pula sebelah aku ni", Kata Mira sendirian.
Dia berharap Zakiah membuka pintu seperti semalam. Dia menoleh dan melihat satu lembaga di sebelahnya yang tersenyum ngeri di sebelahnya. Mira yang terkejut terus pengsan.
.
Keesokkan paginya selepas sedar dari pengsan Mira menceritakan kepada Zakiah. Zakiah agak terkejut. Zakiah tertidur semalam. Oleh itu dia tidak menunggu Mira seperti selalu. "Aku rasa itu Saka Mak som lah. Sebab semalam aku dengar ada kaca pecah kat rumah mak som. Aku rasa Saka dia lapar.", kata Zakiah.
Kali ini dia percaya kata2 Mira. Satu flat tempat tinggalnya itu tahu yang Mak Som seorang bomoh.
"Macam mana lah kita nak terus tinggal kat sini yah", Kata Mira. Zakiah hanya mampu terdiam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan