Selasa, 6 Jun 2017

Seindah Mimpi Khaliff last part

Part 8 Pertemuan Semula

Khaliff termenung melihat makanan di hadapannya. Masuk hari ini sudah 3 minggu Ain tidak melawatnya.

“Ummi kenapa Ain dah tak datang”, Tanya Khaliff. Hampir setahun Ain menjaganya oleh itu dia berasa hairan kenapa Ain sudah lama tidak datang melawatnya.

“Ain sibuk kot Khaliff. Khaliff makan ea”, jawab Ummi Leha.
“Khaliff nak Ain Ummi, dia janji nak tolong Khaliff cari bidadari Khaliff”, kata Khaliff lagi.

“Ain kahwin dengan Zaki ke Ummi, sebab tu dia dah tak nak jaga Khaliff lagi”,
Ummi Leha hanya tersenyum memandang anaknya itu. Dia tahu khaliff sangat merindui Ain. Walaupun dia tidak ingat yang Ain itu adalah teman wanitanya.



Lima tahun berlalu. Ain membelek dokumen yang diberi Fairuz rakan sekerjanya. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat di ibu Kota. Dia membawa diri jauh ke sini untuk melupakan Lelaki yang pernah bertahta di hatinya. Dia hampir berhenti berlajar kerana selalu teringat Khaliff. Senyuman Khaliff, Belaian Khaliff selalu singgah di ingatannya.

Sewaktu Ain berjalan menuju ke cafe berdekatan pejabatnya. Dia diperhati oleh seorang lelaki tanpa dia sedar. Ain duduk di luar di meja berdekatan jalan. Ain terpaksa makan seorang kerana rakan2nya semua membawa bekalan dari rumah. Dia sungguh malas untuk masak pada pagi hari. Lelaki yang memerhatinya dari tadi cuba mendekati mejanya.

“Hai Ain”, Sapa lelaki itu,
Ain yang dari tadi menjamah makanan yang di pesan terhenti. Dia memandang lelaki itu. Dia agak terkejut melihat lelaki di hadapannya itu.

“Khaliff”, kata Ain. Khaliff hanya mengangguk

“Khaliff ingat Ain? Bila Khaliff sembuh”, Kata Ain. Dia agak janggal berdepan dengan Khaliff. Kerana hampir 5 tahun dia tidak bertemu dengan Khaliff.

“Lama dah. 3 tahun lepas Ain tinggalkan Khaliff. Nasib Ain ingat lagi kat Khaliff”, jelas Khaliff.

Suasana sepi seketika. Ain tidak sanggup melihat Khaliff lelaki yang pernah membuat hatinya mati untuk mana2 lelaki. Tetapi Khaliff terus memandangnya.

“Ain dah ada anak ke”, soalan Khaliff yang buat Ain tergamam.
“Ain belum kahwin lah Khaliff. Macam mana nak ada anak”, Jawab Ain. Khaliff terkejut.

“Bukan Ain dengan Zaki ke”, Tanya Khliff lagi. Memang Zaki pernah melamar Ain. Tetapi Ain menolak. Kerana dia masih sayangkan Khaliff.

“Mana ada. Ain minta maaf. Ain terpaksa tinggalkan Khaliff. Ummi Leha suruh Ain fokus pada pelajaran Ain. Dia tak bagi Ain jumpa Khalif. Ain minta maaf”, kata Ain airmatanya ditahan dari mengalir.

“Khaliff tahu. Ummi dah cerita semuanya. Khaliff tahu Ain masih sayangkan Khaliff sebab tu Ain tolak lamaran Zaki kan”, Kata Khaliff sambil tersenyum.

“Mana Khaliff tahu”, tanya Ain. Dia hairan bagaimana Khaliff tahu Zaki pernah melamarnya.

“Adalah, mana boleh cerita. Khaliff rindu kenangan kita dulu Ain. Walaupun Khaliff tak berapa ingat tapi Khaliff tahu kita saling menyayangi. Khaliff bodoh kan. Sebab tak hargai Ain ”, Kata Khaliff. Ain memandang Khaliff.

“Kenapa Khaliff cakap macam tu”, kata Ain pula.

“Ye lah, Sebab Khaliff sibuk cari bidadari mimpi. Padahal bidadari tu ada depan mata Khaliff”, jawab Khaliff. Ain tersenyum.

“Khaliff nak hidup dengan Ain. Khaliff nak tunaikan janji2 Khaliff nak jaga Ain”, Jelas Khaliff.

Airmata Ain terus mengalir. Dia bersyukur kerana Khaliff masih ingat janji2nya. Tetapi dia tetap berasa serba salah kerana meninggalkan Khaliff semasa Khaliff sangat memerlukannya.
TAMAT

1 ulasan:

  1. cerita awak buat saya teringat kisah lampau. pendek tapi impactfull. keep it up!!

    BalasPadam