Kingg!! Kringg!! . Jam loceng yang di set Fiza berbunyi. Dengan langkah malas dia segera ke bilik air untuk mandi. Dia bersiap dan terus ke tempat kerja.
"Fiza, kau tak nak makan dulu ke", kata Ain teman serumah Fiza.
"Tak apalah Ain. Aku nak cepat ni, nanti bos marah kalau lambat", balas Fiza. Ain hanya mengangguk dia tahu Fiza memang jarang makan di rumah bersama teman serumah yang lain. Fiza jenis yang tidak bergaul, hanya dia dan dunianya sendiri.
Fiza membetulkan topinya, dia mengeluarkan kameranya dan melihat gambar-gambar yang pernah dia ambil, kadang2 dia tersenyum sendiri. Beberapa minit kemudian LRT yang ditunggunya tiba.
Fiza berlari untuk ke tempat kerjanya, dia lihat jam ditangan sudah hampir pukul sembilan pagi. Sampai sahaja di tempat kerja, dia menukar baju dan segera memulakan kerja. Dia bekerja sebagai seorang pelayan restoren, dia sempat memandang pengurusnya sambil tersenyum.
"Bagi saya fresh oren dengan nasi lemak boleh tak dik", kata seorang pelanggan di situ.
"Itu sahaja ke bang", balas Fiza. Dia segera ke dapur untuk memberi order.
"Fiza sini kejap", Tuan Fakrul memanggil Fiza yang sedang mengelap meja di situ.
"Ye bos kenapa", tanya Fiza.
"Awak dah bekerja lama kat sini, hampir tiga tahun. Jarang saya tengok awak minta cuti. Awak tak ada keluarga ke", jelas Tuan Fakrul.
"Eh, orang tua ni. Nanti aku minta cuti, dia bagi ke" kata Fiza dalam hati.
"Fiza, saya tanya awak ni", kata Tuan fakrul lagi.
"Saya sebatang kara bos. Saya tak ada sesiapa, hmm, cuti tu boleh ke minta", kata Fiza sambil tersengih. Tuan Fakrul hanya mengangguk
"Boleh Fiza. Saya kesian tengok awak, nanti awak masuk pejabat saya tulis borang ok. Tenangkan fikiran awak tu, saya tengok awak macam serabut je", jelas Tuan Fakrul.
Fiza mengangguk dan terus pergi menyambung kerjanya semula. Dia tersenyum sendiri, dapat lah dia berehat dari kerja. Dia memang jarang mengambil cuti kerana dia sendirian tanpa sesiapa melainkan rakan serumahnya walaupun sudah hampir 3 tahun dia berhijrah ke Kuala Lumpur.
_________________________________
"Kalau kau tak nak sambung belajar kau keluar dari rumah ni", tengking Nizam kepada adik perempuannya itu.
"Buat apa kalau aku belajar tinggi2 kalau aku tak bahagia dengan apa yang belajar, ok aku boleh keluar dari rumah ni dan kau kena ingat. Aku tak akan pijak rumah ni lagi", balas Fiza dia terus ke bilik dan mengemas barangannya.
Puan Rahayu menangis melihat pertelingkahan mereka, dia merayu pada Fiza agar jangan keluar dari rumah itu. Dia satu2nya anak perempuan yang Puan Rahayu ada.
"Dah lah mak biar je dia. Kita tengok berapa lama dia boleh berdikari", kata Nizam.
"Kau pun Zam jangan buat adik kau macam tu. Dia satu2nya adik kau tau", kata Puan Rahayu airmata nya masih mengalir.
"Woi Fiza jauh termenung", jerkah Ain membuat Fiza tersedar dari lamunan.
"Tak ada apalah", balas Fiza.
"Awal balik, selalu tengah malam baru kau balik", tanya Ain.
"Aku malas nak balik lambat. Lagipun esok je lah aku keluar, esok aku cuti", balas Fiza.
"Jarang kau cuti?" Soal Ain lagi.
"Saja tenangkan fikiran", balas Fiza.
"Kau ada call mak kau", soalan Ain kali ini membuatkan Fiza bangun dan terus masuk kedalam bilik. Dia agak sensitif bila ditanya tentang ibunya. Ain hanya menggelengkan kepalanya.
.
Keesokkan harinya, Fiza berjalan untuk pergi mencuci gambar yang pernah diambilnya. Dalam perjalanan dia sempat mengambil beberapa keping gambar. Baginya, hobi ini adalah satu kepuasan baginya.
"Uncle saya mahu cuci gambar", kata Fiza kepada tauke kedai itu.
"Eh, Fiza lama tak nampak mana u pergi", tanya Uncle Wong. Fiza adalah pelanggan tetap di kedainya.
"Sibuk sikit lah uncle", balas Fiza.
"Petang ni you datang balik, banyak ni gambar you mau cuci", jelas Uncle Wong sambil memberi resit kepada Fiza.
Fiza mengangguk lalu meninggalkan kedai itu. Dia berjalan untuk ke taman tempat kebiasaan dia
menenangkan fikiran dan mengambil gambar. Dia mengeluh panjang, kerana dia jarang sekali mengambil cuti. Dia tidak tahu mahu melakukan aktiviti apa di waktu cuti.
Dalam perjalanan ke sana, dia mengambil beberapa gambar. Sesekali ada beberapa orang awam menyuruh dia mengambil gambar sesekali membuat dia tertawa.
"Where your from", tanya seorang lelaki di dalam LRT itu.
"Dari malaysia lah", jawab Fiza sambil tersenyum.
"Oh, saya ingat awak orang luar. Maaf yer", kata lelaki itu lagi sambil tersengih. Fiza hanya tersenyum.
"Awak memang suka ambil gambar yer", tanya lelaki itu.
Fiza hanya mengangguk. Dia memang jarang berbual dengan orang yang tidak dikenalinya.
"Jangan lah sombong sangat", kata lelaki itu.
"Yer, saya memang suka ambil gambar, ok lah dah sampai. Bye" jawab Fiza lantas dia bangun meninggalkan lelaki itu.
Fiza duduk di sebuah kerusi di taman itu. Matanya melihat sekeliling. Berbagai ragam manusia dan beribu kisah yang di tontonnya. Dia memang suka melihat ragam manusia di kuala Lumpur. Kadang2 dia teringat pertama kali dia datang di sini dengan hanya mempunyai wang yang tidak seberapa. Dia pernah di halau dari rumah sewanya kerana tidak mampu membayar duit sewa bilik. Dia hampir menjual kamera pemberian arwah ayahnya oleh kerana terdesak memerlukan wang.
Nasiblah ada Tuan Fakrul yang membantunya. Memberikan kerja dan tempat tinggal di dalam restoren itu sementara dia mencari rumah sewa. Dia bersyukur kerana Allah sentiasa ada bersamanya ketika dia susah dan senang. Dia sangat terhutang budi dengan Tuan Fakrul kerana menolongnya oleh itu dia berikan yang terbaik untuk bosnya.
"Hai awak!" Tegur seorang lelaki. Lama Fiza memandang lelaki itu.
"Aik, takkan dah lupa. Saya lah yang tegur awak dalam LRT tadi", kata lelaki itu lagi. Fiza hanya mengangguk.
"Angguk je. Hmm, boleh saya duduk", kata lelaki itu. Fiza hanya berdiam kerana malas mahu melayan.
"Sebenarnya, saya dah lama perhatikan awak. Lama dah saya tak nampak awak datang sini. Saya Hafiz", lelaki itu memperkenalkan dirinya. Fiza memandang lelaki itu dengan hairan.
"Ye ke, tadi dalam LRT awak tanya saya dari mana, dan awak ingat saya orang luar", jawab Fiza.
"Saya saja je, awak tak percaya ke", Hafiz mengeluarkan telefonnya dan menunjuk satu gambar kepada Fiza.
Fiza terkejut melihat gmbar itu dan terus meramps telefon bimbit Hafiz tetapi Hafiz sempat mengelak.
"Baik awak padam gambar tu", kata Fiza deengan nada yang agak marah.
"Mana boleh. Awak boleh ambil gambar orang sesuka hati, takkan saya tak boleh", balas Hafiz. Fiza menjeling lalu bangun untuk beredar.
"Eh. Awak nak kemana tu", Tanya Hafiz. Fiza terus beredar meninggalkan Hafiz di situ. Hafiz menggaru kepalanya.
"Aduh, gurau je pun", kata Hafiz sendiri.
Keesokkan harinya seperti biasa, Fiza datang ke taman itu lagi. Hari ini, hari keduanya bercuti dia tidak tahu mahu pergi ke mana. Hanya taman itu menjadi destinasi tetapnya.
Hafiz memandang Fiza yang sedang mengambil gambar sekeliling. Dia tersenyum.
"Hai awak!", tegur Hafiz. Fiza memandang.
"Kau nak apa lagi", balas Fiza.
"Amboi garangnya", kata Hafiz lagi,
"Saya cuma nak berkenalan dengan awak je. Jangan sombong sangat", kata Hafiz.
"Memang saya sombong, dah lah jangan ganggu saya", balas Fiza. Dia sedang sakit hati dengan Hafiz kerana mengambil gambarnya secara senyap.
"Saya dah padam gambar awak, tengok ni", Hafiz menunjuk telefonnya. Fiza hanya melihat lalu beredar.
"Awak nama awak apa", jerit Hafiz. Fiza hanya buat tidak tahu.
.
Hari ketiga Fiza bercuti, dia hanya duduk di tepi taman itu sambil melihat gambar di kameranya. Sesekali matanya melihat beberapa kanak2 bermain taman di situ, setiap hari berlainan keluarga yang datang.
"Hai penunggu taman", tegur Hafiz.
"Aduh, mamat ni nak apa lagi. Dah lah hari ni last aku cuti. Bagi lah aku ketenangan", kata Fiza sendiri.
"Boleh saya tengok gambar dalam tu", kata Hafiz. Fiza mengemas barangnya untuk beredar.
"Hmm, orang ikhlas nak berkawan. Tapi dia asyik nak pergi je bila orang datang. Memang hidup aku ni sendiri agaknya", kata Hafiz. Fiza memandang Hafiz dan tersenyum.
"Buruk betul lelaki merajuk", kata Fiza sambil tersenyum, berasa kasihan pula dia melihat lelaki itu. Lalu dia menghulurkan kameranya. Hafiz terpukau melihat senyuman Fiza.
"Nak tengok ke taknak", kata Fiza. Hafiz tersentak dari lamunan apabila sebiji bola tepat terkena mukanya.
"Aduhh!", kata Hafiz. Fiza yang tidak tahan melihat muka Hafiz yang kesakitan itu terus ketawa.
"Ketawa lah lagi", kata Hafiz agak bengang. Fiza terus berhenti dari ketawa.
"Sorry lah, saya tak tahan tengok muka awak tadi. Awak ok tak ni", kata Fiza.
"Ok je, sakit ni tak sesakit saya tak dapat kenal dengan awak. Chia. Chia", kata Hafiz sambil tersenyum. Fiza pun hanya tersenyum.
"Dah lama ke awak perhatikan saya?", soal Fiza.
"Saya dah lama perhatikan awak. Cuma takut nak tegur. Saya pun selalu datang sini. Tengok tasik tenang je rasa", kata Hafiz
Fiza hanya tersenyum.
"Nama saya Fiza. Awak?", soal Fiza.
"Saya Hafiz", balas Hafiz sambil tersenyum.
__________________________________
Genap seminggu perkenalan mereka, mereka hanya berjumpa di taman itu. Berkali-kali Hafiz meminta nombor telefon Fiza, tetapi Fiza tidak memberikan. Hafiz tau mungkin Fiza masih ragu2 dengannya.
"Awak duduk sini dah 3 tahun. Takkan tempat ni je awak tahu", tanya Hafiz kepada Fiza.
"Aah, sini je saya tahu. Sebab masa mula2 saya sampai KL ni lah tempat saya lepak" balas.
"Awak nak tak saya tunjuk tempat yang cantik2", kata Hafiz. Tanpa berfikir panjang Fiza terus mengangguk.
Mereka berjalan menuju ke perhentian bas. Berbagai cerita yang dicerikan Hafiz mengenai Kuala Lumpur kepadanya. Sesekali Fiza ketawa dengan apa yang diceritakan Hafiz.
Sampai di bandar Kuala Lumpur, bebagai gambar yang diambil Fiza sebagai kenangan. Dia memang jarang sekali berjalan-jalan di Kuala Lumpur oleh kerana dia tidak tahu mahu ke mana. Fiza dan Hafiz berhenti sebentar untuk melihat satu buskers yang sedang membuat persembahan.
Setelah penat berjalan, Hafiz mengajak Fiza berehat sebentar untuk menunaikan solat asar di sebuah masjid di ibu kota.
"Boleh ke saya masuk. Saya tak pakai tudung", kata Fiza.
"Hmm. Boleh lah. Jom masuk", pelawa Hafiz.
"Belakang sana tempat perempuan", tunjuk Hafiz.
Fiza berjalan ke belakang dan membuka kasutnya. Dia melihat ada beberapa orang wanita memandangnya. Sambil berkata sesama sendiri.
"Mana tudung awak, inikan masjid", kata seorang wanita separuh usia kepadanya.
"Saya nak tumpang solat je kak. Sekejap je", kata Fiza. Wanita itu melihat Fiza dari atas ke bawah.
"Kau solat tapi tak tutup aurat. Islam apa kau ni", kata wanita di sebelahnya.
"Itu urusan saya dengan Allah dan terima kasih sebab tegur saya. Saya datang sini cara baik, nak tumpang solat", kata Fiza lagi. Dia berasa geram.
Oleh kerana jawapan Fiza yang seperti memerli. Seorang wanita menarik tangan Fiza dengan sekuat hati dan menolaknya sehingga terjatuh ke tanah. Hafiz yang baru sahaja selesai wuduk segera berlari ke arah Fiza apabila dia terlihat Fiza yang yang sedang cuba bangun kerana ditolak.
"Kenapa ini awak", tanya Hafiz.
"Tak ada apa2 lah", balas Fiza. Hafiz melihat dua orang wanita di hadapannya itu.
"Apa masalah akak ni", kata Hafiz.
"Perempuan ni tak pakai tudung masuk masjid. Ini kan rumah Allah, sopan lah sikit"", kata Wanita itu.
"Ohh, sopan. Habis Akak berdua ni tolak dia sampai jatuh. Sopan ke tu. Tudung ke apa ke, itu urusan dia dengan Allah. Kita sebagai manusia ni boleh nasihat dan doakan je", kata Hafiz dia cuba membantu Fiza untuk bangun. Dua orang wanita itu hanya membuat muka menyampah dan terus masuk ke dalam masjid.
"Macam ni lah awak. Awak tunggu je kat depan tu. Nanti saya teman awak pergi mana2 mall ok,", kata Hafiz. Fiza hanya mengangguk dan menahan sakit kakinya.
"Terima kasih ya awak. Salah saya juga sebab tak pakai tudung", kata Fiza sambil berjalan keluar.
___________________________________________________________________
Hafiz tersenyum sendiri apabila dia terimbas kenangan bersama Fiza selama perkenalannya. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang dirasai.
"Hafiz! Jauh termenung", jerkah Jai rakan sekerjanya.
"Ish, kau ni terkejut aku. Nasib tak ada sakit jantung. Kau buat apa kat sini. Tak ada kerja dah", balas Hafiz.
"Siap dah semua. Kau tu, report yang bos minta dah siap termenung je dari tadi aku tengok", kata Jai lagi.
"Kejap lagi lah. Beb, kau nak tau tak", Hafiz cuba memberitahu rahsianya.
"Tahu apa", kata Jai yang agak hairan.
"Aku rasa aku dah jatuh cinta lah", kata Hafiz lagi. Jai terus memandangnya sambil ketawa besar.
"Bro, sejak bila kau pandai cinta2 ni. Perempuan mana yang malang tu", kata Jai.
"Kau ni, melampau. Sebab tu aku malas nak cerita apa2 kat kau", kata Hafiz agak geram. Jai masih ketawa.
______
Hampir seminggu Hafiz dan Fiza tidak berjumpa. Hafiz selalu menunggu kedatangan Fiza di taman itu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi Fiza. Dia melihat gambar di dalam telefonnya, gambar Fiza dan dia semasa berjalan2 dahulu. Dia sangat merindui wanita itu.
"Bro, kau dah kenapa. Aku call tak nak angkat", kata Jai yang agak berang itu.
"Aku malas lah. Kau kalau call aku tak ajak aku keluar, pinjam duit. Aku malas lah", kata Hafiz. Dia sudah masak dengan perangai Jai yang agak boros itu, tetapi dia tetap berkawan kerana Jai adalah satu2 kawan yang memahaminya.
"Asal, perempuan tu dah lama tak jumpa kau ke", kata Jai. Hafiz hanya berdiam, dia terus mematikan perbualan mereka.
"Serabut lah aku, mana kau pergi ni", kata Hafiz sendiri.
Malam itu Hafiz mundar mandir tidak keruan
di dalam biliknya. Hatinya kerisauan, ini kerana sudah lama tidak berjumpa dengan Fiza. Dia sangat rindukan gadis itu.
"Mana kau pergi ni", kata Hafiz sediri.
"Kamu kenapa Hafiz", soal seorang wanita yang berdiri di pintu biliknya.
"Ibu. Takde apa lah. Hafiz fikir pasal kerja tadi", balas Hafiz. Dia tidak mahu ibunya risau tentangnya. Dia takut ibunya bertambah sakit kerananya.
"Jangan lah kamu stress sangat. Nanti kamu sakit susah", kata Puan Maznah lalu beredar. Hafiz hanya mengangguk. Dia tahu ibunya risau oleh kerananya.
Hafiz terus duduk di mejanya sambil melihat gambar Fiza yang diambil sebelum ini. Dia nekad untuk mengambil cuti dan menunggu gadis itu di tempat biasa. Dia tahu pasti gadis itu akan datang semula.
.
Fiza bangun dari katilnya. Kepalanya terasa berat, dia juga sering muntah. Dia tidak tahu kenapa badannya terasa lemah sejak seminggu lalu. Pagi tadi dia pengsan di tempat kerjanya.
"Kau ok tak ni Fiza", soal Ain yang melihat Fiza di dalam bilik.
"Tah lah, kepala aku ni rasa berat sangat", balas Fiza.
"Kita pergi klinik lah", kata Ain lagi.
"Tak payah lah, aku makan ubat ok lah ni", jelas Fiza. Ain hanya mengangguk.
"Kalau ada apa2 kau panggil je aku ok", kata Ain. Fiza memandang Ain. Ain sudah dianggap seperti kakaknya kerana tiap kali dia sakit. Ain yang merawatnya, terkadang dia rasa bersalah kerana jarang sekali dia berbual dengan Ain.
"Kenapa ni?", soal Nina yang baru keluar dari biliknya. Nina juga teman serumah mereka. Tetapi Nina sering keluar negeri atas urusan kerja.
"Ni ha, Fiza ni. Pagi tadi dia pengsan dekat tempat kerja. Risau aku", jelas Ain yang agak kerisauan.
"Kau betul ni Fiza?", Nina juga kerisauan. Fiza hanya mengangguk lalu menghempaskan badannya semula ke katil untuk berehat, Nina dan Ain hanya menggelengkan kepalanya.
____
Fiza mengelap airmatanya setelah mendengar apa yang di sampaikan doktor Nazrief kepadanya. Tubuhnya terasa lemah dunia bagai terhenti seketika. Dia tidak tahu mahu meluahkan kepada siapa. Dia berjalan keluar dari bilik itu, dia lihat Ain sedang menantikan penuh kerisauan.
Jantung Ain agak berdegup kencang melihat Fiza yang berjalan lemah dari bilik itu.
"Fiza macam mana ujian tu. Ok tak ", soal Ain. Fiza hanya berdiam. Airmatanya mula mengalir, Ain kehairanan.
"Fiza, jawablah", kata Ain lagi.
"Aku sakit Ain.. aku takut..", balas Fiza. Ain terduduk di sebelah Fiza. Fiza terdiam tanpa kata.
Petang itu, Fiza bersiap untuk keluar mengambil angin. Sudah berhari2 dia duduk di rumah. Dia mengambil beg kameranya dan terus berjalan keluar.
"Kau nak kemana Fiza. Kau kan tak sihat", soal Ain yang sedang menonton tv itu.
"Aku bosan lah duduk rumah. Aku nak ambil angin kejap", balas Fiza ringkas. Ain hanya mengangguk. Fiza terus luar dengan hanya memakai selipar. Ain hairan, jarang sekali Fiza keluar hanya dengan memakai selipar. Dia mulai risau.
"Fiza!", jerit Ain membuatkan Fiza memberhentikan langkahnya.
"Jarang kau pakai selipar", Fiza melihat kakinya. Dia menepuk dahinya sambil tersenyum.
"Aku lupa lah", kata Fiza lalu menukar seliparnya. Ain kerisauan tentang penyakit Fiza yang sudah ada tanda2nya.
___

Tiada ulasan:
Catat Ulasan