"Cantiknya dia. Kalau lah dia jadi bini aku tak keluar rumah beb” ngomel haikal sendiri.
Dia memerhati seorang wanita.yang sedang berjalan masuk ke dalam sebuah pejabat. Dia memerhati tanpa berkelip. Dia memang minat seorang artis ni. Artis ni lah yang sedang berjalan di hadapannya.
“kau pandang apa bro tak.berkelip!”, haikal terkejut setelah disergah oleh sha.
“kau boleh tak bagi salam. Kau ni Islam ke apa!”, Haikal memarahi Sha.
Sha hanya tertawa. Dia terus memanggil pelayan restoran di situ. Haikal terus memerhati walaupun wanita itu sudah masuk ke pejabat itu.
“eh! Aku dengar si Intan artis feveret kau tu ada shooting minggu depan. Kat area sjni. Kau nak tengok ke”, kata sha kepada Haikal yang masih lagi mengelamun.
Sha geram tidak dilayan lalu dia menjerit di telinga Haikal..
“woi!!”, Jerit Sha.
Haikal terkedu.
“kau ni kenapa!”, dia bangun lalu beredar masuk ke dalam pejabat.
“awal.lagi nak masuk”, Sha membelak jamnya. Di memerhati sekeliling. Orang2 di situ memerhatinya.. Dia hanya senyum dan mengangkat tangannya.
.
Di dalam pejabat. Haikal.memerhati lagi Intan yang sedang duduk di tempat menunggu. Matanya tak lepas dari memandangnya. Tiba-tiba intan memandangnya sambil tersenyum. Haikal terkejut dan terlanggar pasu di hadapannya.
“awak ok?”, kata Intan.
Haikal hanya mengangguk. Dia malu. Dia terus melangkah laju untuk ke pejabatnya.
Intan hanya tersenyum. Dia hairan. Kenapa dengan lelaki itu.
“aduh malunya aku!”, beberapa kali haikal mengetuk kepalanya.
“ni kalau Sha nampak ni. Mau tiga hari.tiga malam dia gelakkan aku”, Ngomel haikal sendiri.
Dia terus mengetuk kepalanya.. Selepas itu dia menyambung kerjaya. Sekali sekala dia bangun untuk melihat Intan yang masih menunggu rakannya untuk keluar bersama.
Sha yang baru masuk ke pejabat memandang Intan. Intan tersenyum.
“Kak. Tunggu siapa kak”, Sha bertanya.
“Tunggu kawan saya, tak masuk lagi pula”, Dia menjawab sambil tersenyum.
“nak ambil gambar boleh?”, Sha mengeluarkan telefonnya. Intan hanya mengangguk dan mereka berselfie bersama. Selepas itu Sha meminta diri untuk ke tempat kerjanya.
“terima kasih kak”, Sha tersenyum. Kau tengok lah haikal. Hihi ngomel sha sendri.
Intan hanya mengangguk.
Haikal yang sedang mengadap komputer terkejut dengam ketukan pintu pejabatnya.
“hi bos!”, kata sha
“kau nak apa sha”, Haikal menjawab dengan muka masam.
“alah bos merajuk ke. Bos dah tua2 tak elok merajuk buruk muka”, Gurau Sha.
“Sekarang kau nak apa”, sambil tersenyum.
“ha. Macam ni baru hansome. Ni tengok ni”, Sha menghulurkan telefonnya.
“bila kau ambil ni”, haikal terkejut.
“tadi”, Sha menjeling sambil tersenyum dan terus beredar.
Haikal hanya memandang Sha. Lagi sekali dia bangun untuk melihat Intan. Tetapi intan sudah beredar.
.
Pada malam itu. HAikal pulang lambat kerana menyiapkan report. Dan pelabagai lagi. Apabila dia keluar dia lihat beberapa orang lelaki sedang cuba merompak wanita dia dalam kereta jenis honda itu. Dia terus mendekati.
“baik kau keluar sekarang sebelum aku sembelih kau!”, kata salah seorang perompak di situ.
“keluar je lah!”, lagi seorang perompak itu berkata. Intan tetap tak nak keluar dari keretanya.
Beberapa orang orang perompak cuba untuk mengambil kesempatan ke atas Intan dengan memegang2 badannya intan mengelak. Intan masih terdiam dia takut. Di depan pejabat itu sangt sunyi tak.banyak kereta lalu.
“woi!!”, haikal menjerit.
Perompak2 itu terkejut.
“kau siapa!”, Kata salah seorang perompak di situ.
“baik kau lepaskan dia”, HAikal mengeluarkan pistol yang di sorok dari tadi. Dia melepaskan tembakan ke atas. Semua perompak2 itu lintang pukang melarikan diri.
HAIkal mendekati Intan.
“awak ok?”, Tanya haikal.
“Terima kasih”, kata intan sambil menangis.
“ok macam ni apa kata awak naik kereta saya je. Kita pergi buat report polis”, kata haikal.
“habis kereta saya”, kata intan yang masih trauma.
“hmm. Macam ni. Saya telefon kawan saya. Dia tingal.area sini bawa kereta awak”, intan hanya mengangguk.
Beberapa minit kemudian sebuah kereta muncul.
“ha tu kawan saya”, kata haikal.
“bob! Kau bawa kereta Intan tu kita pergi balai. Nak tinggal kawasan ni sunyi”, kata haikal.
Mereka semua beredar ke balai.polis. Dan membuat laporan polis.
Beberapa minit kemudian keluarga Intan datang untuk mengambil Intan.
Keesokkan harinya. Di surat khabar kecoh berkenaan Intan yang hampir di rompak.
“cepatnya wartawan dapat tau”, ngomel haikal sendiri. Dia menghirup nescafe yang terhidang di hadapannya. Masih awal lagi untuk dia ke tempat kerja.
Dia mengambil telefonya..dia melihat gambar intan di telefonnya.
“cantiknya dia”,
“kalau lah dia jadi isteri aku”, Haikal tersenyum sendiri. Dia gembira kerana dapat menjadi hero semalam.
Dia memandang pistol yang ada di mejanya.
“berguna juga pistol rekaan si Sha ni. Bunyinya macam pistol betul. Menggelupor perompak semalam”, Dia terus tersenyum.
Hari ini dia akan ke pejabat bersama Sha. Kerana selepas balik kerja dia akan pergi tengok wayang bersama Sha. Sha adalah satu2nya kawan yang selalu ada semasa dia susah dan senang. Umur dia dan sha sangat jauh. Sha yang baru berumur 21 Tahun dan bekerja sebagai Juruteknik komputer di pejabatnya dan dia yang berumur 29 tahun. Tetapi tidak menghalang mereka untuk berkawan rapat.
Pin!!
Setelah mendengar bunyi hon kereta Sha. Haikal segera keluar. Dia lihat Sha sedang membetulkan tudungnya di dalam kereta.
“kau balik pukul berapa semalam”, kata Sha.
“Tengah malam semalam”, jawab haikal.
Dalm perjalanan tak.banyak.yang di bualkan mereka. Sha yang mungkin masih mengantuk kerana menguap banyak kali. Haikal yang memandang hanya tersenyum. Kalau dia tahu aku jadi hero semalam. Mahu kecoh satu dunia. Ngomel Haikal sendiri.
.
Di pejabat haikal mengelamun sendiri. Dia tersenyum kerana berjaya menjadi hero kepada Intan. Tetapi dia sedih melihat muka Intan yang ketakutan semalam. Walaupun Intan berlajar senj pertahankan diri. Belum tentu dia kuat untuk melawan perompak2 itu.
Haikal melihat telefon bimbitnya. Dia melihat Instagram Intan. Intan tidak post apa2 gambar. Dia melihat jam. Sudah hampir masuk pukul 12. Dia risau. Dia menekan gambar yang Intan hantar sebelum kejadian semalam. Dia lihat ramai peminat Intan yang beri kata2 semangat. Kejadian semalam telah kecoh 1 Malaysia. Haikal memberanikan diri untuk komen.
Jaga diri. Kuatkan semangat. Jangan sedih2
“Woi haikal!!”, haikal terkejut dEngan sergahan Sha. Telefon bimbitnya hampir tercampak.
“kau ni Islam ke bukan. Bagi salam tak boleh ke”, Marah Haikal.
Sha hanya tergelak.
“gelak2”, Kata haikal geram.
“kau tengok ni. Artis kesayangan kau hampir dirompak”, kata Sha sambil mengulur telefonnya. Dia lihat di facebook.
“aku tahu”, jawab Haikal ringkas.
Sha hanya memandang muka haikal.
“cepat ek kau tau”, Kata sha.
“dah2 pergi buat kerja aku banyak.kerja ni”, kata haikal.
Sha hanya membuat muka masam kerana di halau haikal. Haikal hanya buat tak tahu. Selepas itu Sha membaling kertas yang di keronyokkan ke arah haikal. HAikal terkejut. Sha hanya tergelak.
“kurang asam punya Sha”, ngomel Haikal sendiri.
Dia terus melihat telefonnya. Alangkah terkejutnya dia apabila komennya dibalas oleh Intan.
Terima kasih. @nurhaikal.
Haikal hampir melompat. Tetapi dia senyum sahaja. Dia mengintai Sha yang sedang mengadap komputer. Dia tersenyum sendiri.
Seminggu kemudian Intan datang ke pejabat Haikal.
“saya nak jumpa haikal”, Kata Intan kepada pekerja yang duduk di front desk.
Haikal yang sedang leka menaip sesuatu di komputer terkejut dengan panggilan telefon.
“haikal ada orang nak jumpa kau”, kata kak nisa.
“siapa?”, tanya haikal.
“Kau datang je lah. Banyak tanya pula”, Jawab Kak Nisa.
Haikal terus ke depan. Dia melihat tiada siapa di depan.
“siapa nak jumpa saya kak?”, Tanya haikal kepada Kak Nisa.
“Itu. Intan”, kak.nisa tunjuk ke arah Intan.
Haikal.terkejut. Dia mendekati Intan dan duduk di kerusi sebelah Intan. Kak Nisa hanya memerhati.
“saya nak cakap terima kasih. Maaf saya baru jumpa awak. Saya masih trauma sebenarnya”, kata intan.
“Eh! Tak apa. Saya tak kisah. Yang penting awak ok”, kata haikal.
Intan hanya tersenyum.
“Saya ingat nak ajak awak keluar makan malam tanda terima kasih”, Kata Intan.
Haikal terkedu. Biar betul dia ni. Ngomel Haikal sendiri.
“awak free ke malam ni”, Intan bertanya lagi.
“Saya ok je”, haikal hanya tersenyum.
“ni nombor telefon saya. Awak jangan bagi orang lain”, Intan menghulurkan kertas kepada Haikal.
“terima kasih”, kata haikal.
“ok lah. Saya ada shooting nanti malam awak call saya yer”, Intan bangun dan beredar.
Haikal masih terkejut. Dia tercengang.
.
Di dalam office Haikal termenung sendiri. Beberapa kali dia menampar pipinya. Adakah ini mimpi. Beberapa kali juga dia melihat nombor telefon Intan.
“untung lah orang ajak dinner”, kata sha kepada Haikal.
“Mana kau tau ni", Haikal tersengih.
“alah kau ni. Aku ni kan Jemah office. Pukul berapa nak ikot”, Sha bergurau.
“kau ni. Baru aku nak berduaan dengan dia. Jangan sibuk lah”,
“yelah nanti malam entah2 dia ajak kawan. Tak pun bf dua. Haha.. Ok lah aku nak balik ni”, Kata sha lagi.
“kau ni!! Ish.. Awal lagi. Kau nak pergi mana. Aku tumpang kau hari ini. Aku nak balik macam mana”, kata haikal .
Sha buat tidak endah. Dia segera ke mejanya untuk mengambil beg untuk beredar.
“balik naik teksi lah ni”, Haikal mengeluh..
“kau dah balik kau call aku. Bye”, Sha sempat berkata sebelum beredar.
Haikal tersenyum sayang jugak kau kat aku ye sha. Ngomel dia sendiri.
Di rumah haikal berdebar2. Ingin telefon atau tidak. Dia memberanikan diri untuk menelefon.
“hello. Ni cik Intan ke”, Kat haikal lembut.
“ye saya. Siapa ye ni”, Intan menjawab.
“Saya haikal. Yang tengahari tadi awak jumpa kat office saya”, kata haikal lagi.
“oh ya. Haikal saya minta maaf. Malam ni tak boleh. Saya shooting sampau pagi. Apa kata kalau saya free saya yang telefon awak”, KAta Intan.
Muka haikal berubah. Dia sedih.
“ok lah kalau macam tu. Saya tak kisah”, kata haikal sedih.
“ok lah..saya tengah shooting ni. Nanti saya call. Bye . Assalamualaikum”, intan meminta diri.
“Baiklah. Waalaikumsalam”, Haikal meletakkan telefon.
Dia duduk di sofa. Dia sedih. Dia membuka televisyen . Ada drama yang intan lakonkan. Dia terpegun. Hilang sedihnya. Dia terus fokus menonton. Dia tersenyum sendiri. Hati dia betul2 rasa tenang. Perasaan sebagai peminat biasa bertukar menjadi peminat yang lebih lagi. Dia melihat telefon bimbitnya. Intan post gambar di Instagramnya. Haikal membuka.
Bersama hero drama.
Caption yang ditulis oleh Intan . Haikal rasa cemburu.
“siapa pula mamat ni”, ngomel Haikal sendiri.
“nasib Intan cantik.hehe”, sengih Haikal.
Dia terdengar ketukan pintu. Dia membuka dan terkejut apabila di sergah sha.
“Assalamualaikum Bos!!”, Sha menjerit.
Haikal terkejut dan terus menumbuk muka Sha. Sha terduduk. Dia mengusap2 hidungnya. Darah! Dia bangun dan terus menyepak kaki Haikal.
“aduh kenapa kau sepak aku”, Haikal mengurut kakinya yang di sepak.
“kau tumbuk aku asal. Sampai berdarah. KAlau patah hidung aku ni kau nak bayar bil hospital ke”, Kata sha geram.
“bagi salam elok2 tak boleh ke”, kata haikal.
“ni kau buat apa kat sini”, HAikal hairan. Kenapa Sha datang ke rumahnya malam2 begini.
“saje. Tak nak jemput aku masuk ke”, Intan memandang ke dalam rumah Haikal.
“Kau gila. Kalau kena tangkap basah macam mana. Kau nak apa”, Kata haikal dia memandang keliling.
“assalamulaikum”, Seorang lelaki memberi salam kepada Haikal.
“bob. Kau buat apa kat sini", haikal bertambah hairan.
“bukan kau kata kau pergi dat..”, belum sempat Bob menghbiskan ayat. Sha menekup mulut Bon sambil tersengih.
“sha! Kau ni”, Haikal geram.
“masuklah”, Haikal menjemput Sha dan Bob masuk.
Haikal memandang Bob dan Sha bersilih ganti. Dia geram dengan Sha .suka menyebuk hal orang. Ikutkan hatinya. Mahu sahaja dia tumbuk sekali lagi muka Sha.
“kau pergi pukul berapa”, Sha bertanya.
“kau ni sibuk kan”, Haikal geram.
“alah bukan aku nak duduk semeja pun. Kita orang duduk jauh dari tempat kau duduk”, Sha tersengih.
“ish. Tak jadi. Dia shooting sampai esok pagi”, kata haikal dengan riak wajah kecewa.
Bob hanya memerhati. Dia pun hairan kenapa dia ikut sahaja projek jahat Sha. Dia hanya tersenyum. Kalau bukan di sebabkan Sha ni kawan baiknya. Dia malas untuk ikut projek jahat Sha. Bukan sekali dia ikut. Sudah berpuluh kali.
“oh.. “, Sha mengangguk.
“kau tak nak sediakan air ke Kal”, Bob bersuara.
“nak ambil sendiri lah. Kau ingat kau siapa”, kata haikal.
“aku tetamu kot”, Bob menjawab. Dia terus ke dapur.
Malam itu banyak yang dibualkan oleh mereka.i. Memandangkan keesokkan harinya hari Sabtu dan mereka cuti. Mereka berbual sampai pukul tiga pagi. Akhirnya Sha dan bob minta diri untuk pulang.
“papehal nanti aku call lah.”, kata haikal sambil melambai.
Beberapa hari kemudian Haikal masih menunggu panggilan dari Intan. Tetapi tinggal harapan. Dia terus kecewa. Kalau tak nak ajak tak payah lah bagi harapan. Itu ayat yang selalu di ucapkan. Dia memandanh Sha yang sedang membaiki komputer rosak di mejanya.. Apabila Sha memandangnya diA alihkan pandangan.
“kau kenapa kal”, Sha menyergah.
Haikal terkejut. Dia hanya senyum. Mulutnya kaku. Sha hanya tergelak melihat haikal yang tergagap itu. Dia terus duduk di kerusi di depan Meja Haikal.
“cuba kau cerita. Kau pandang2 aku. Tak selesa aku nak buat kerja”, kta sha.
HAikal agak terkejut. Dia tak sangka yang Sha perasan yang dia memandang sha. Dia ingin meluahkan rasa kecewanya. Tetapi dia malu.
“Aku..”, Haikal cuba bersuara.
“aku apa!!”, Sha meninggikan suara.
“Aku rindukan Intan”, Haikal terlepas cakap
Sha memandang wajah haikal. Selepas itu dia tergelak besar. Hampir terbaring dia gelak.
“kau ni gelakkan aku kenapa”, Haikal malu.
“tak ada apalah. KAu ni berangan kuat lah. Dah lah . Kau kena pijak dunia nyata beb. Kita ni kuli je mana layak dengan orang macam intan itu. Dia artis terkenal tau. Muka lawa. Kacuk lagi. Lebih baik kau lupakan”, Kata sha.
HAikal hanya tunduk. Bila di fikirkan semula. Betul kata sha. Dia hanya berangan. Dia melihat telefon bimbitnya. Dia meletakkan gambar Intan sebagai wallpaper telefonnya. Gaji di sahaja belum tentu cukup untuk membeli barangan dan pakaian Intan. Dia terus kecewa.
“kau asal diam. Sorry lah kal aku tak bermaksud nak kecilkan hati kau”, Sha serba salah.
“tak apa lah sha. Kau pergi lah buat kerja kau”, kata haikal. Sha serba salah. Dia kembali ke mejanya. Dari jauh dia perhatikan haikal di dalam pejabatnya. Di serba salah kerana terlepas cakap.
.
Sebulan berlalu. HAikal memberanikan diri untuk menelefon Intan. Dia masih berharap.
“Assalamualaikum. Intan”, kata Haikal perlahan.
“Waalaikumsalam”, Intan menjawab.
“Awak busy ke”, kata haikal lagi.
“tak pun. Saya kat rumah ni. Tengah rehat2 kenapa yer”, Intan bertanya.
Haikal terdiam. Dia rasa Intan telah lupa untuk menelefon dia jika dia tidak sibuk.
“hello anybody there”, Jntan bertanya.
“saya ingat nak ajak awak pergi lunch”, Haikal memberanikan diri.
“ok. Nanti saya datang pejabat awak”, kata Intan.
“ok. Kita jumpa kat sini yer”, Haikal tersenyum. Hatinya berbunga2.
.
Sejam kemudian Intan sampai. Haikal yang sedang berdiri di luar pejabatnya tersenyum dari jauh. Dia membetulkan pakaiannya. Dia mengenakan baju kemeja hijau dan tai yang berwarna gelap.
“kita nak pergi makan kat mana”, Kata intan.
“ikut awaklah”, Haikal menjawab. Intan buat muka pelik.
“awak ajak saya. Awak bawalah saya. Saya ikut je”, Kata intan.
“baiklah. Saya bawa awak tempat spesial. Jom ke kereta saya”, haikal mengajak. Dari jauh Sha mengintai dari tepi pokok2 yang agak rendah di situ.
“peh. Boleh tahan juga haikal ni. Tak berputus asa”, Sha tersengih.
.
Di sebuah restoren yang agak sunyi. Haikal dan Intan mencari tempat duduk.yang sesuai.. Setelah duduk dia memesan makanan.
“ Berapa lama awak kerja kat pejabat tu ye”, Tanya Intan.
“Dalam 7 tahun jugak”, Haikal menjawab.
Intan agak terkejut.
“lama tu. Tak nak try kerja lain ke”, Kata intan lagi.
“nak memang nak. Tapi bukan senang nak cari kerja sekarang”, Jawab haikal.
“umur awak berapa yer?”,
“29 tahun. Awak 32 kan”, kata Haikal.
Intan hanya mengangguk.
Setelah makanan yang di pesan sampai. Mereka menjamu selera. Berulang kali haikal memandang wajah wanita di hadapannya. Wanita yang membuat dia berdebar2. Wanita yang selalu masuk ke dalam mimpinya. Lama dia tenung. Apabila Intan memandangnya. Dia mengalihkan pandangannya. Intan hanya tersenyum. Haikal malu.
“awak bila nak kahwin”, Kata haikal.
“saya..kahwin?. Tak terfikir lagi lah. Tapi kalau ada. Adalah nanti”, jawab Intan.
“takkan awak tak ada someone spesial”, Haikal bertanya lagi.
“Tak ada lagi. ENtah lah. Tak ada pun lelaki yang jumpa saya cakap dia suka saya tak ada”, kata Intan.
“ada tu awak memilih kot”, Kta haikal.
Intan hanya mengangkat bahunya. Hati haikal berbunga. Di dalam hatinya. Dia ingin menjadi lelaki yang berani untuk meluahkan isi hatinya. Biarlah di tolak. Yang penting dia dah meluahkan.
Setelah selesai makan. Haikal ke kaunter untuk membayar.
“tak apa biar saya bayar”, Intan menarik tangan haikal. HAikal terkedu.
“eh . Tak apa lah. Saya bayar. Hilang macho saya kalau perempuan yang bayar”, gurau Haikal.
Lambut pula tangan dia. Ngomel Haikal dalam hati.
.
Di pejabat Haikal senyum sendiri. Dia sedang angau. Dia bau tangan yang di pegang Intan. Dia tersenyum sendiri.
“haikal bos nak jumpa”, Kata murad pekerja di pejabat dia bekerja. Dia tekejut dan mengangguk.
Sha perhatikan dari jauh. HAikal masih tersenyum sendiri. Sha melihat bob yang sedang masuk. Segera dia pergi kepada Bob. Bob seorang despatch di pejabat itu.
“woi.bob!”, Sha menarik tangan Bob.
“apa dia sha. Hang ni nak buat kerja gila lagi ka. AKu malaih lah”, Bob menjawab. Dia sudah malas untuk ikut kerja gila Sha.
“apa kau ni.. Aku tak cakap lagi. Dengar lah dulu”, Sha memukul tangan Bob.
“padia. Aku nak pi hantaq surat ni”, Bob membuat muka bosan.
“dah lah pi je lah”, Sha merajuk. Dia terus duduk ke mejanya.
“Aik. Merajuk?”, Bob mendekati Sha.
Tetapi Sha tidak layan. Bob cuba memujuk tetapi Sha tidak layan. Dari jauh Sha lihat Haikal yang bru keluar dari bilik bos. Cepat2 Sha pergi kearah Haikal.
“eh. Kal aku nak tanya kau sikit ni", Tanya sha.
“masuk office aku dulu lah”, Jawab Haikal.
Sha membototi Haikal.
“apa kau nak tanya”, tanya haikal sambil tangannya menaip sesuatu di komputernya.
“Kenapa. Tiba2 Intan ajak kau keluar dinner bagai. Tadi aku nampak dia keluar dengan kau. Ada apa2 ke”, kata Sha.
Haikal memandang wajah Sha. Betul.juga. Sha tidak.tahu yang dia menjadi hero beberapa minggu lepas. Lama dia pandang wajah Sha. Sha tidak selesa. Sha segera menarik hidung haikal.
“aduh!”, Kata haikal kesakitan.
“tu lah kau.. Aku tanya. Kau pandang muka aku kenapa. Ha.hambik”, Sha tertawa.
“kau memang kan!”, Marah haikal.
“kau tak jawab lagi. Kenapa?”, tanya Sha lagi.
“aku pernah tolonh dia hari tu..tepi jalan masa kereka dia rosak”, Kata haikal.
“oh. Mungkin jodoh kau kot”, sha tergelak.
HAikal hanya tersenyum. Mungkin juga. Walaupun apa yang di ceritakan haikal adalah bohong semata2. Mungkin ada hikmah di sebalik. Telefon haikal berbunyi. Dia lihat pemberitahuan dari instagram. Intan menhantar gambar.
“seksinya”, ngomel.HAikal.sendiri. Sha yang di depannya hairan.
“apa yang seksi. Kau tengok benda lucah ke beb”, Sha bergurau.
“merepek lah kau ni. Ni ha gambar bakal bini aku.”, Haikal menunjukkan gambar kepada Sha. Sha hanya tersengih.
“kau kena didik dia lepas kahwin nanti. Seksi sangat tu”, Kata Sha.
“in shaa Allah. KAu pun kena kahwin dengan lelaki yang boleh didik kau. Bagi lembut sikit”, Haukal memerli. Sha hanya mencebik lalu dia meminta diri untuk keluar. Haikal hanya tersengih.
.
Malam itu Haikal memberanikan diri untuk menghantar mesej kepada Intan.
Assalamualaikum Intan. Busy ke?
LAma haikal tunggu. Beberapa minit kemudian Intan membalas.
Dalam kereta ni. Baru balik shooting. Kenapa?
Hati Haikal.berbunga2. Mereka membalas2 mesej. Sehingga larut malam. Pelbagai perkara yang di bincangnya. Ini kali pertama Haikal berbalas mesej dengan perempuan selain dari Sha kawan baiknya itu. Dia rasa seperti di awang kepada haikal.
Kerja macam biasalah tapi malam saya free. Kenapa? Awak nak ajak saya keluar ke?
Haikal tersengih sendiri.
Aah. Kali ini saya belanja awak. Malam ye..boleh2. Esok saya call awak. Kata intan.
Haikal terus tersengih seperti kerang busuk. Mereka akhiri perbualan kerana Intan ingin rehat setelah pulang dari pengambaran. Esok pagi dia perlu keluar pagi untuk pergi ke station radio memperkenalkan filem terbaru dan album barunya.
.
Sudah hampir sebulan perkenalan Intan dan Haikal. Mereka semakin rapat. Haikal seperti biasa. Hatinya berbunga2. Bila Intan memperkenalkan dirinya kepada keluarga Intan. Intan ingin hubungan yang serius. Haikal.juga pernah meluahkan perasaan kepada Intan. Perbezaan umur tidak di pedulikan Haikal.
“kerja mana?”, Abang Intan bertanya. Haikal masih berdebar. Intan menenangkannya. Ayah dan Intan hanya memerhati.
“saya kerja kat syarikat kereta. Sebagai pengurus operasi”, Jawab haikal. Intan memegang tangan Haikal untuk menenangkannya.
“rileks saya tak makan orang”, Kata Adam Abang Intan.
Haikal hanya tersenyum. Mereka meneruskan perbincangan tentang hubungan mereka. Haikal memberitahu bila2 sahaja jika diberi keizinan dia ingin menhantar rombongan meminang. Pelbagai lagi mereka bincangkan. Intan hanya tersenyum Keluarganya bersetuju dengan pilihan Intan.
.
Di rumah Haikal baring di sofa ruang tamunya. Dia berasa lega. Hubungannya direstui. Hujung minggu ini dia ingin memperkenalkan Intan kepada orang tuanya di kampung. Dia tersenyum. Mimpinya menjadi kenyataan. Dia sangt gembira. Wajah wanita yang dicintainya itu sering berlegar di ingatannya. Senyuman manisnya. Wanita kacukan british memang menarik.
“Assalamualaikum Bos ku yang ku sayangi”, Sha memberi salam.
Haikal.terkejut lalu membuka pintu.
“ha! Sha kenapa”, kata haikal.
“amboi bos. Dah dapat lupa member” Sha tertawa. Dia menghulurkan kain yang ditempah oleh intan. Kain sutera yang di beli dari Indonesia. Sha baru sahaja pulang dari Indonesia selepas bercuti selama.seminggu.
“kenapa kau tak bagi kat tangannya. Dia kan tak suka.”, belum habis Haikal berkata Sha memintas.
“aku nak.balik kampung lah bos. Ye la. Bob dah Jadi tunang orang .kau pun sama. Aku je single”, Sha hanya tersenyum.
“alah kau ni. Cuti kau ada lagi kan. Kau tu memilih masa bob nak kat kau. Kau tolak”, Kata haikal.
“aah..hihi. Ok lah bos aku nak kena gerak ni. TAkut sampai lambat pula nanti”, Sha hanya tersnyum. Haikal hairan. Kenapa dengan Sha. Kenapa tidak dia bagi sahaja kain ni selepas dia habis cuti. Kata Haikal dalam hati.
.
Hari yang di nanti2 telah tiba. Mereka mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel yang gah. Ramai tetamu yang datang. Dari kalangan artis, wartawan dan rakan2 mereka. HAti haikal berdebar. Majlis pernikahan mereka di sambut meriah. Haikal sudah sedia duduj di hadapan Tok Kadi yang ingin menikahkannya. Di sebelahnya abang intan dan ayah intan Sekali sekala dia menjelinh ke belakang untuk melihat intan. Cantiknya dia. Ngomel Haikal sendiri.
“Muhammad Nur Haikal Bin Ahmad Naufal aku nikahkan dikau dengan Intan Ashikin Binti Muhammad Aidil dengan Mas kahwin RM 11 111.11 Tunai”, Selepas sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Sesi membatalkan air sembahyang. Haikal mendekati Intan.
“Sayang”, itu perkataan pertama dari mulut Haikal.
Intan hanya tersemyum malu.
Cantiknya dia. Ngomel haikal sendiri dalam hati. Dia terpegun melihat kecantikan isterinya sendiri.
Malam itu Haikal duduk di sebelah Intan. Intan hanya tersenyum.
“terima kasih sayang”, Kata haikal.
“sama-sama”, Intan menjawab sambil memeluk tubuh suaminya.
“Abang tak sangka. Abang dapat juga kahwin dengan sayang. Abang ingat.hanya dalam mimpi je syang kan artis terkenal. Penyanyi dan pelakon.abang bangga sebab jadi peminat yang berjaya”, Haikal tersenyum.
“jodoh. Kalau jodoh tak kemana”, Kata intan.
“sayang. Sayang abang tak. Abang bukan lelaki idaman sayang”, HAikal bergurau. Haikal hanya seorang lelaki yang tidak.berapa tinggi dan berkulit putih.
“apa abang ni. Benda dah lepas”, Intan memukul perut suaminya.
“abang saja je. Ok lah. Abang nak tidur. Sayang nak malam ni ke esok”, Haikal bergurau lagi.
“gatal!”, Intan memukul manja bahu suaminya.
Haikal tersenyum . Tiba2 dia teringatkan Sha. Sha telah meinggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa dia ingin pulang ke kampungnya. Kalau sha ada mungkin majlis ini akan lebih meriah. Dia sedih kerana tidak menghalang Sha untuk balik ke kampungnya petang itu selepas dia menghantar kain sutera yang di tempah oleh Intan. Dia termenung sediri.
“yang lepas tu biarlah lepas abang” Intan memujuk suaminya. dia tau suaminya teringatkan rakan karibnya itu.
Haikal hanya tersenyum dan terus baring ke atas katil. Dia cuba melelapkan mata. Tetapi airmatanya terus mengalir. Walaupun dia dapat mencapai impiannya untuk mengahwini wanita yang diminati tetapi dia tetap sedih atas kehilangan rakan karibnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan