Setelah lama aku memendam perasaan dan aku selalu meluahkan rasa sakit,sedih dan bermacam lagi kepada amira. Pernah sekali aku cuba untuk melupakan zariq. Ya Zariq nama lelaki yang berjaya membuka pintu hati aku.
"Aku sedar Mira. Tapi hati ku tetap inginkan dia", kata aku lemah. Aku menangis di hadapan mira. Aku tau niat amira baik untuk menasihati aku.
"Tasha, kau dengar sini. AKu bukan nak sakitkan hati kau tau. Aku sayang kau tapi kau kena faham. Dia dengan kau tak.boleh bersama,baik kau carik laki yamg lebih baik. Dia tu playboy. Kau kena sedar tu. BAik kau fokus pada pembelajaran kau", Mira terus menasihatiku.
Zariq seorang lelaki yang sangat bergaya dan sangat terkenal di kolej tempat aku belajar. CAra semyuman dia sahaja sudah boleh mencairkan hati mana-mana perempauan termasuk aku. Tapi perasaan aku pada dia amat dalam. Aku tahu Amira kan memarahiku lagi kerana masih berharap.
MAlam itu aku membuat keputusan untuk memberi surat kepada Zariq. Aku dpat tahu yang zariq tidak mempunyai teman wanita. Oleh itu aku membuat keputusan itu.
Assalamualaikum Ahmad Zariq.
Saya tasha. Dah lama saya perhatikan awak. Saya tak tahu perasaan saya sebenarnya. Tapi tiap kali saya lihat awak saya rasa tenang. Tapi saya tahu. Awak takkan suka saya punya. Saya selalu nampak awak. Bila saya di kafe, di library. Seperti ada sesuatu antara kita. Tapi saya tahu itu hanya kebetulan. Tapi saya tak kisah. Saya suka senyuman awak. Maafkan saya jika surat ini mengejutkan awak. Tapi inilah luahan hati sya. Walaupun saya tahu awak takkan suka dengan saya. Harap awak balas.. Jangan buat saya tertunggu.. Wasalam. _yang ikhlas tasha
Keesokkan harinya aku pergi berjumpa Amira. Amira senyum pada aku. Aku hairan.
“tasha, aku ada benda nak cakap kat kau ni”, kata amira lembut.
Aku mengeluarkan surat yang aku tulis semalam untuk amira berikan kepada zariq.
“Mira tadi kau nak cakap apa”, aku hairan. Kenapa amira yang ceria tadi terus diam.
“Aku harap kau tak marah aku.macam mana eh nak cakap”, Mira keresahan.
“ha, lambat lah kau ni. Ni kau amik surat ni bagi kat zariq, aku tahu aku dan dia bagai.langi dan bumi.tapi apa salahnya aku mencuba”, Kata aku kegirangan.
Hanya Amira tahu perasaan aku kepada Zariq. Tetapi aku lihat muka Mira murung sambil membelek surat yang aku beri kepadanya. Dia senyum dan mengangguk.
“nanti aku bagi. Yang aku nak cakap tadi tu. Nanti je lah”, apabila melihat Mira senyum. Aku pun ceria.
Petang itu amira pergi.berjumpa Zariq. Aku perhatikan dari jauh. Zariq memandangku sambil tersenyum. “wah. Manisnya muka dia”, Ngomel aku sendiri.
“kenapa awak tak bagi tahu dia hal yang sebenarnya. Awak tahukan saya dengan awak”, Zariq memarahi Mira.
“Tapi dia tu kawan saya. Saya tak sanggup.nak sakitkan hati dia. Dia ikhlas suka kan Awak. “,
Mata mira sudah mulai berair.
“awak terus terang sahaja pada dia. Atau awak nak saya yang bagi tahu inilah awak nak berahsia sangat”, Kata Zariq sambil memujuk.
Mira hanya memandang wajah Tunangnya itu.
Keesokkan harinya. Mira memberanikan diri untuk berterus terang kepadaku.
“tasha sebenarnya aku ada benda nak bagi tau kau ni”, Mira senyum pada ku. Aku tau senyum nya tidak seperti selalu. Senyumnya seperti terpaksa.
“macam mana. Semalam Zariq senyum kat aku Mira”, kata aku bahagia.
Mira terdiam sambil.tunduk.
“tasha sebenarnya zariq tu tunang aku. AKu dah lama nak bagi tahu kau tapi bila aku lihatbkau betul2 suka kan dia aku lupakan niat nak bagi tahu”, mira tunduk.
Hati aku bagai bertusuk jarum yang tajam. Sakit pedih perit. Kenapa harus begini. Kenapa amir tidak berterus terang kenapa amira. Amira terus memelukku. Aku meleapaskan pelukan sambil tersenyum.
“lah yeke mira, kenapa tak bagi tahu aku. Kau ni. Dah bertunang diam2 je”, kata aku untuk tidak membuat mira rasa bersalah. AKu tau.niatnya baik.
Mira masih menangis.
“maafkan aku tasha”, teresak esak Mira memohon maaf. Aku tahu bukan salah dia.
Aku berasa sangat sebak.
“ok lah mira aku ada kelas ni. Nanti masa lunch kita jumpa”, aku meninggalkan mira. Aku tak mahu mira nampak kekecewaan aku. Aku harus undur diri. Patutlah mira beriya menyuruh aku melupakan zariq. Akhirnya Air Mata aku mengalir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan