“sudah lah mimi. Aku dari dulu memang tak suka kau. Kau tu tahu menyusahkan hidup aku. Tak boleh ke sekali sekala kau bangga kan nama aku”, Ibu esah terus memarahi Mimi.
Ibu esah terus ke dapur untuk memasak. Dalam hatinya dia sungguh geram dengan anaknya itu. Mimi pernah dibuang sekolah kerana mencuri. Tetapi dia telah berubah selepas sahaja dia dibuang. Dia tahu keluarganya malu. Tetapi dia berusaha untuk membuat ibunya bangga. Walaupun dia tidak kesekolah.
Mimi duduk di birai katil sambil menangis. Kali ini dia betul2 sedih. Kenapa ibunya tidak mempercayainya. Dia sudah berubah. Dia bukan seperti dahulu. Ayah. Itu lah perkataan yang dia rindukan. Ayahnya sudah kembali ke rahmatullah 3 tahun lepas. Tinggalah dia bersama 2 orang adik beradiknya. Ayahnya sangat memahami Mimi.Tetapi antara mereka dia yang paling dibenci Ibunya.
“Ibu Mimi minta maaf”, Mimi memberanikan diri ke dapur.
“kau berambus mimi sebelum aku bunuh kau. Jangan kau muncul depan muka aku lagi. Kau berambus”, Tengking Ibu esah.
Dalam hati Mimi. Kenapa ibunya buat dia begini. Dia hanya ingin memohon maaf. Dia tau dia banyak menyusahkan ibunya tetapi ibunya tetap menyalahkannya.
Petang itu Mimi pergi ke tempat kerjanya itu. Untuk mengatakan perkara yang sebenar. Tetapi sampai sahaja di depan pintu kedai dia dihalau. Sakit hatinya. Dia merayu. Melutut untuk menjelaskan apa yang berlaku. Dia lihat Ekin memandang sinis kepadanya.
“kau dengar sini Ekin. Kat dunia memang kau terlepas. Tapi kau tengok kat akhirat nanti kau takkan terlepas!”, kata Mimi kepada Ekin. Beberapa orang oekerja di situ turut terkejut.
Mimi pulang ke rumahnya. Dia mengintai2, takut dia akan bertembung dengan ibunya yang masih memarahinya. Setelah tiada siapa di ruang tamu dia segera ke biliknya. Sampai sahaja di bilik dia lihat
Abangnya Rashid sedang cuba mengambil duitnya dari tabung simpanannya.
“kau buat aoa dengan tabung aku tu bang. Bagi sini”, berlakulah perebutan antara Mimi dan Rashid. Mimi menolak rashid hingga kepala rashid terhantuk ke dinding dan berdarah.
Ibunya yang mendengar bunyi bising segera ke bilik Mimi. Ibunya terkejut apabila melihat kepala rashid berdarah.
“ibu. Tengok kepala abang ni. Darah”, Rashid mengadu.
Ibu esah berang lalu menarik Mimi dan menghentkkan kepalanya di dinding berkali Mimi menjerit kesakitan. Dia lihat rashid tersenyum gembira. Matanya kabur dan dia pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokkannya apabila dia sedar. Dia lihat darah di kepalanya sudah kering. Dia terbaring di lantai biliknya. Sampai begitu sekali ibunya membencinya. Dia sedih kecewa. Dia terus menaangis adik bongsunya mendekati dan memeluknya.
“kakak ok”, Adiknya memujuk.
Mimi hanya mengangguk. Dia terharu. Adiknya memujuknya. Sekurang2nya dia tahu adiknya tidak membencinya. Adiknya yang berumur 10 tahun itu mengambil Kain dan air untuk mengelap darah keringn di kepala kakaknya. Sekali lagi dia terharu. Air matanya jatuh lagi.
“kakak jangan menangis. Adik kan ada. Adik akan jaga dan sayang kakak. Adik tahu kakak dah berubah”, Mimi memeluk adiknya. Ibunya yang lalu di hadapan bilik mimi perasan yang Mira menolong Mimi. Segera dia menarik Mira.
“mira. Kau dengar sini. Kau tak payah nak tolong kakak kau ni. Nanti kau terikut sama perangainya. Menyusahkan orang. Kenapa tak mati je pergi ikut bapak kau tu. Menyusahkan orang”, Ibu Esah memarahi Mimi.
Mimi menangis lagi. Sampai hati ibunya berkata begitu padanya. Bukan salahnya. Dia sudah berubah. Kenapa ibunya tidak memberi peluang padanya.
Petang itu. Mimi membasuh baju ibu dan adik beradiknya. Apabila.ibunya ternampak. Cepat2 dia menghalau Mimi dan mencampakkan baju Mimi ke arahnya.
“kau tu kotor. Basuh macam mana pun tetap kotor. Tangan mencuri ni patut kena potong”, ibunya memerli.
Mimi terdiam.
“tapi bukan mimi yang curi ibu. Ekin yang curi”, Mimi terus menangis. Ibunya pergi tanpa endahkannya. Dia tertuduk. Dia menangis. Dia kecewa dan berbagai lagi perasaannya ketika itu.
Dia duduk di biliknya. Dia memeluk tubuhnya. Dia menangis lagi. Sejak beberapa hari ini. Dia sering menangis sampai airmatanya tidak mahu mengalir lagi. Mira yang dari jauh memerhati mendekati.
“kakak dah makan?”, Mira bertanya.
“belum”, mimi hanya tersenyum. Baru dia ingat sudah 2 hari dia tidak makan. Seleranya hilang. Kalau dia mahu mkan sekalipun ibunya pasti melarang. Duit simpanannya telah di kebas abangnya.
Mimi bangun untuk menutup tingkap apabila dia dengar guruh berbunyi menandakan hujan tiba2 kepalanya terasa pening. Matanya kabur dan dia terus jatuh rebah ke bumi. Dia hanya mendengar adik bongsunya menjerit.
“kakak!!”,
Seminggu lebih Mimi tidak.sedarkan diri. Dia koma. Ibunya menangis di sisinya. Berkali ibunya memohon ampun. Mira menenagkan ibunya. Dia juga sudah penat menangis. Airmatanya sudah kering. Dia tak mampu menangis lagi. Mimi mendengar tangisan ibunya. Tetapi dia tidak dapat membuka matanya. Airmatanya pun mengalir. Mira perasan kakaknya mengalirkan airmata
“Kakak”, Mira mengejut kakaknya.
Tetapi mimi masih tidak sedarkan diri. Tiba2 tangan Mimi bergerak. Ibu Esah terkejut. Dia memegang tangan anaknya.
“ibu. Maafkan Mimi”, Ibu esah terus menangis. Dia rasa bersalah terhadap anaknya. Bukan salah anaknya. Ekin di dapati bersalah. Setelah pengurus kedai tempat Mimi bekerja melihat CCTV. Mimi dijadikan mangsa keadaan.
“ibu maafkan nak. Bangunlah nak maafkan ibu. Banggunlah Mimi dah lama tak makan masakan ibu kan.”, Ibu esah terus menangis. Mimi di sahkan kanser otak tahap 4 . Ibu esah agak terkejut. Hentakkan yang dibuat kepadanya anaknya beberapa hari lepas menerukkan keadaanya yang sememangnya mempunyai penyakit itu dalam diam..
“Mimi nak ibu”, dalam lemah mimi berkata. Mimi senyum walaupun tak terdaya.
“Mimi kena bangun nak. Petang ni ibu bawa yer”, mimi hanya tersenyum.
“mimi dah maafkan semua orang. Mimi nak ibu halalkan segala yang ibu pernah beri kepada Mimi”, Mimi masih lemah. Matanya sayu.
“Ibu halalkan nak. Bangun lah mimi. Ibu rindu nak bergurau senda dengan mimi. Teman mimi belajar”, Ibu esah sebak.
“kalau mimi ada waktu lagi. In shaa Allah ibu. Kau abang jangan menyusahkan ibu macam aku”, Mimi cuba untuk ketawa. Ibu esah terus mengalirkan air mata. Rashid sebak. Dia banyak menyusahkan Mimi dan ibunya. Beberapa minit kemudian. Mimi menghembuskan nafas yang terakhir di sisi ibu dan adik beradiknya. Ibu esah menangis tanpa henti. Dia lihat wajah anak perempuannya itu bersih dan tersenyum. Mungkin benar kata Mimi. Dia sudah berubah. Tetapi ibunya tetap menyalahknnya. Mira terus memeluk kakaknya. Dia sangat menyayangi Mimi.
Selamat jalan Kakak Telah lama kau menderita. Berehatlah sepuasnya.. Kata Mira di dalam hatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan