Selasa, 5 Februari 2019

CERITA SERAM : TINGKAP


Kisah seram tingkap, Hehehe.. 😛😛. 👻👻
.
Suatu malam, sedang Hani sibuk menyiapkan assigment yang diberi pensyarahnya, dia terdengar beberapa ketukan di tingkap biliknya. Dalam fikirannya di terfikir siapa yang mengetuk tingkap biliknya sedangkan biliknya itu di tingkap lima menghadap ke hutan. "Siapa pulak main tingkap ni, nak main tingkap esok malam je lah. Zetty ada", katanya dalam hati. Malam ini dia tidur berseorangan kerana Zetty terpaksa bermalam di perpustakaan untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan akhir semesta. Apabila bunyi itu berhenti Hani terus mengemas peralatan belajarnya. Dia mematikan niat untuk menyiapkan tugasan itu.

 Keesokkan malamnya ketukan itu terus kuat dan tanpa henti. Hani menutup telinganya dengan jarinya. Dia menggigil ketakutan. Tiba2 dia mendengar bunyi seperti orang membuka pintu. Dia cuba melihat dari celah selimutnya. Dia melihat Zetty sedang masuk ke dalam bilik. Dia terus memeluk Zetty Sambil menangis. Hani berasa lega. Setelah dia berasa lega dia memandang Zetty. Zetty hanya diam melihatnya. "Nasib kau ada Zetty, dari tadi ada orang ketuk tingkap aku takut", kata Hani. Zetty hanya memandang dan bangun menuju ke tingkap yang Hani maksudkan. Zetty membuka dan memandang tegak keluar. Telefon Hani berbunyi. Hani melihat telefonnya panggilan dari Zetty. Hani tergamam dia memandang tubuh di hadapannya. Dia cuba menjawab telefon itu, "Hello Hani aku overnight lagi tau tak payah tunggu aku", kata Zetty. Mulut Hani terkunci. Tubuh di depannya pusing memandang tepat ke mata Hani. Hani terkaku.
#ceritaseram #darialamangker

Tiada ulasan:

Catat Ulasan